ALOR GAJAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabti Yaakob memaklumkan beliau belum memikirkan sebarang rombakan kabinet dan hanya menumpukan kepada usaha membantu rakyat yang berhadapan bencana banjir.
Perdana Menteri menegaskan tumpuan fokus beliau masa kini adalah menguruskan negara pasca banjir dan ancaman varian baharu Covid-19.
SuaraTV sebelum ini melaporkan Perdana Menteri akan mengadakan rombakan kabinet dalam masa terdekat membabitkan dua menteri Bersatu dan seorang Menteri UMNO.
“Sekarang ini kita fokus mengenai banjir. Benda-benda lain itu (rombakan kabinet) biarlah, belum lagi.”
“Banyak spekulasi. Selagi saya tidak buat pengumuman ia hanya spekulasi. Rakyat tengah susah, kita fokus kepada banjir dulu.”

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita semasa bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gangsa, Melaka.