Tak tewas godaan gadis cantik

Pemecatan Lampard ‘Kekejaman Bola Sepak Moden’ – Mourinho

LONDON: Jose Mourinho berkata pemecatan Frank Lampard adalah sebahagian daripada 'kekejaman bola sepak moden'. Chelsea memecat Lampard, semalam selepas 18 bulan mengendalikan The Blues dan...

COVID-19: Singapura Catat Tiga Kes Positif Bagi Strain B117

SINGAPURA: Tiga kes COVID-19 yang diilaporkan sebelum ini telah diuji positif bagi varian B117 dan mungkin mempunyai kaitan, demikian menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH)...

Vaksin COVID-19: Perlu Siap Sedia Hadapi Kemungkinan ‘Last Mile Delivery’

KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh setahun, vaksin COVID-19 berjaya dibangunkan, namun cabarannya kini adalah pengagihan yang berkesan, cepat dan selamat. Ketua Eksekutif Deutsche Post DHL...

‘Jangan Dengar Khabar Angin, Saya Tidak Mahu Terbabit’ – Bung Moktar

BELURAN: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu desakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi...

Tiada Laporan Laman Sesawang Kerajaan Digodam Setakat Ini – Bukit Aman

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam setakat ini selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam...

KUALA LUMPUR: Digoda dengan gadis cantik dan seksi tidak sesekali membuatkan pelakon, Syazuwan Hassan, 30, terjerumus ke lembah hina dan maksiat.

Hakikatnya, dunia selebriti begitu mudah membawa seseorang selebriti berdepan dengan pelbagai godaan.

Syazuwan berkata, dia tidak mahu tewas dengan ujian godaan yang mampu memberi kesan negatif pada kerjaya dan kehidupan peribadinya.

Katanya, dia berpegang kuat pada prinsip untuk sentiasa menjaga nama baik dan keluarga supaya tidak terpengaruh dengan godaan yang melalaikan.

“Tidak menafikan, saya sering mendapat mesej nakal dalam sosial media. Saya memang tak layan langsung kerana kebanyakan mesej yang saya dapat, pelik.

“Contohnya, ada wanita yang mengajak saya berjumpa. Saya bertanya berjumpa atas dasar kerja atau apa. Dia kata tidak, sebaliknya ada permintaan mahu mengajak melakukan perkara tidak senonoh.

“Saya tak kisah jika daripada akaun palsu. Ini kerana ramai yang wujudkan akaun palsu untuk mengacau, tetapi saya dapat mesej daripada pemilik akaun sebenar. Kemudiannya, saya membalas dengan teguran, kerana tidak mahu ia berlanjutan,” katanya

Pelakon drama Dia Menantu Rahsia dan Asalkan Dia Bahagia itu berkata, dia perlu bijak menepis godaan supaya namanya tidak terpalit dengan perkara tidak bermoral.

“Nama saya sudah dikenali ramai, jadi sebelum buat apa-apa, lebih baik saya berfikir dahulu. Jika boleh, saya mahu mengelakkan perkara yang tak diingini pada masa akan datang.

“Jujurnya, saya seorang yang berfikir panjang sebab saya tak mahu buat perkara yang memalukan saya dan keluarga. Saya sentiasa beringat menjaga keperibadian. Alhamdulillah hingga hari ini, saya tak tewas dan masih ada iman lagi,” katanya.

Bagi Syazuwan, perkara sebegitu terpulang pada pegangan individu, sekiranya seseorang pandai menepis dan menjaga kehormatan diri pasti dapat mengawal keadaan dengan baik.

Syazuwan tidak menafikan, ada yang menggunakan populariti ke arah itu, tetapi tidak dirinya.

 

Syazuwan Hassan sering mendapat mesej nakal, malah ada permintaan mahu mengajak melakukan perkara tidak senonoh dalam laman sosial. - Foto IG Syazuwan Hassan
Syazuwan Hassan sering mendapat mesej nakal, malah ada permintaan mahu mengajak melakukan perkara tidak senonoh dalam laman sosial. – Foto IG Syazuwan Hassan

 

Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju itu berkata, dia pernah menerima cadangan beberapa pihak untuk mencipta kontroversi supaya namanya lebih dikenali.

Bagaimanapun, Syazuwan berkata, dia enggan dikenali kerana kontroversi, sebaliknya menerusi hasil kerjanya, meskipun secara perlahan-lahan.

“Ada rakan dalam industri yang menyarankan mencipta kontroversi untuk menaikkan nama.

“Saya tak gemar nama saya popular disebabkan kontroversi. Saya mahu orang kenal menerusi hasil kerja. Jadi, untuk saya sengaja cipta kontroversi menaikkan nam, itu bukan saya.

“Sebab kita tahu ada kontroversi yang boleh menaikkan dan ada juga boleh menjatuhkan nama. Biarlah, saya membina nama saya dengan lakonan, meskipun ia memakan masa,” katanya yang kini sedang menjalani drama Baby Tak Gila.

Syazuwan berkata, dia bersyukur meskipun tiada kontroversi yang menghangatkan namanya, tawaran lakonan yang diterima tetap ada. Malah, rezekinya tidak pernah putus selepas Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL), sekitar empat tahun lalu.

“Alhamdulillah, jadual lakonan saya padat hingga Mac tahun depan. Nak kata saya baik dengan penerbit tidak juga, sebab ada saya juga bekerjasama dengan penerbit yang tidak dikenali.

“Mungkin, ia adalah hasil kerja saya yang mereka nampak dan tidak pernah mempunyai masalah dengan mana-mana produksi dan sentiasa menjaga disiplin,” katanya.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Sebelum ini, iklan Watson pernah dilanda kontroversi apabila mengetengahkan watak ‘Dayang Senandung’ dalam iklannya. Terbaharu, video muzik oleh penyanyi Malaysia ini pula mencetuskan kontroversi...

Dari Rock Ke Nasyid, Netizen Terhibur Dengan Lagu PKP 2.0 Oleh AG Coco

Jika tahun lalu ada lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjad hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun 2021 secara tiba-tiba komposer serta...

Tiada sebarang pembikinan siri Harry Potter

Syarikat produksi terkenal Warner Bros menafikan berita mereka sedang menyiapkan siri Harry Potter untuk disiarkan menerusi penstriman HBO Max. Warner Bros dan HBO Max dalam...