Pemuda UMNO Pasir Putih gesa Annuar Musa dipecat

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh mahu mengusulkan supaya Setiausaha Agung parti itu, Tan Sri Annuar Musa dipecat.

Ketua Pemuda UMNO Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali mencadangkan usul tersebut ketika mesyuarat perwakilan pergerakan berkenaan semalam.

Ketika membacakan usulnya, Muhammad Saifullah berkata, UMNO perlu mengambil tindakan tegas dengan memecat keahlian Annuar selepas beliau dilihat menjadi tali barut dan jurucakap kepada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Perwakilan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuang keahlian Annuar, kerana Annuar menjadi tali barut Bersatu, tidak menghormati presiden parti, mendahului keputusan parti dan tidak membela Umno,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Menurut Saifullah, Pemuda UMNO Pasir Puteh juga mendesak supaya kerjasama dengan Pas dikaji semula.

Katanya, kerjasama itu perlu dikaji semula disebabkan sikap Pas yang tidak mengutamakan hubungan UMNO dalam Muafakat Nasional.

“Perwakilan juga mendesak agar UMNO memutuskan segera hubungan dengan Bersatu serta mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam suku pertama tahun ini,” katanya.

Bagaimanapun sekiranya PRU-15 tidak dapat diadakan, perwakillan mengusulkan supaya kesemua ahli Parlimen UMNO meletak jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat