MCMC perkukuh perlindungan kanak-kanak dalam talian menjelang ONSA 2025

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil maklum dapatan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai keselamatan kanak-kanak dalam talian dan menghargai perhatian serius yang diberikan terhadap isu ini.

Sejajar pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025), MCMC kini memberi tumpuan kepada instrumen subsidiari bagi memperkukuh kewajipan Pemberi Perkhidmatan berlesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pendekatan baharu ini yang meletakkan perlindungan kanak- kanak sebagai keutamaan, termasuk pengurusan risiko platform serta langkah pencegahan terhadap kandungan memudaratkan.

ONSA 2025 memperkenalkan kerangka kawal selia yang lebih proaktif dengan menetapkan tanggungjawab jelas kepada platform untuk mengurus kandungan berisiko tinggi seperti bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM), kandungan lucah, kandungan sumbang serta kandungan berkaitan kemudaratan diri.

MCMC menjalankan pengesanan dan permohonan penurunan kandungan secara berterusan kepada penyedia perkhidmatan media sosial. Bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 30 November 2025, butiran tindakan adalah seperti berikut:

Pengesanan kandungan jelik kanak- kanak : 957 kes dikenal pasti

Tindakan penurunan kandungan : 899 berjaya diturunkan oleh platform

Keberkesanan tindakan : Pematuhan 94%

Platform paling responsif : Tumblr, TikTok, Facebook

Kerjasama penguatkuasaan turut dipertingkat secara agresif melalui operasi bersama PDRM. Op Pedo 1.0 pada Disember 2024 membawa kepada penahanan 13 individu dan rampasan lebih 40,000 bahan melibatkan eksploitasi seksual kanak-kanak. Kejayaan lebih besar dicapai melalui Op Pedo 2.0 (22–30 September 2025), yang menyaksikan 31 suspek ditahan di 37 lokasi, termasuk kes melibatkan guru dan warga asing.

Dalam aspek pendidikan awam, Kempen Internet Selamat (KIS) terus dipergiat dan terkini telah dilaksana di 8,454 institusi pendidikan melibatkan pelajar, ibu bapa, pendidik dan komuniti. Persiapan bagi pelaksanaan ONSA 2025 dan penguatkuasaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial mulai 2026 juga sedang dilaksanakan. Inisiatif KIS 2.0 pada 2026 akan memberi tumpuan kepada peningkatan literasi keselamatan digital dalam kalangan ibu bapa.

MCMC kekal komited memperkukuh keselamatan kanak-kanak dalam talian melalui kawal selia yang tegas, penguatkuasaan bersepadu dan pendidikan masyarakat yang berterusan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat