Anwar lantik Tengku Zafrul sebagai Pengerusi MIDA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melantik Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa 3 Disember 2025 bagi tempoh 2 tahun.

Selain menerajui MIDA Pejabat Perdana Menteri (PMO) juga memaklumkan, Tengku Zafrul juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang sedang diperinci dan diumumkan kemudian oleh Perdana Menteri.

Tengku Zafrul sebelum ini menyandang jawatan senator selama dua penggal, bermula Disember 2020 dan dibaharui tahun lepas.

Penggalnya sebagai senator berakhir semalam, bermakna beliau tidak boleh lagi kekal dalam Jemaah Menteri melainkan dipilih sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya akan datang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat