Anwar perlukan masa buat pertimbangan cermat sebelum umum rombakan Kabinet – PMO

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan Madani kelak.

Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan pada Rabu, Anwar akan membuat pertimbangan dengan cermat dan berhemah dan berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara sebelum mengumumkan barisan Jemaah Menteri yang baharu.

“Perdana Menteri menyambut baik pelantikan semula Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua yang berkuat kuasa hari ini.

“Pelantikan ini membolehkan mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar, tatakelola dan agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia Madani.

“Dalam pada itu, Perdana Menteri juga akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan Madani kelak, selepas proses pertimbangan yang cermat, berhemah dan benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara,” jelas PMO.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat