Polis Tioman Tunai Tanggungjawab Undi Awal

- Advertisement -

ROMPIN – Lebih 200 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang layak mengundi awal melaksanakan tanggungjawab mereka di Bilik Rehat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, tepat pukul 8 pagi tadi.

Mereka adalah antara 243 pegawai dan anggota polis yang berdaftar dalam daftar pemilih diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk kerusi N42 Tioman.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, semua pegawai dan anggota polis bertugas di IPD Rompin sudah bersedia untuk mengundi untuk kali kedua hari ini, walaupun sudah mengundi sebelum ini.

SPR dalam satu kenyataan media sebelum ini memaklumkan sejumlah 243 pegawai dan anggota polis akan mengundi awal di bilik rehat Ibu Pejabat Polis Rompin dan bilik maklumat Balai Polis Tekek Pulau Tioman antara pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Semua pengundi dinasihatkan membuat semakan maklumat pengundian melalui pautan ditetapkan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

Pilihan raya DUN Tioman menyaksikan pertembungan antara penyandang daripada BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain; Sulaiman Bakar (Bebas); Osman Bakar (Pejuang); calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim dan calon Pakatan Harapan (PH) , Mohd Fadzli Mohd Ramly.

PRU15 DUN Tioman sepatutnya berlangsung 19 November lalu, namun ditangguhkan berikutan kematian calon PN, Md Yunus Ramli.

SPR kemudiannya menetapkan 24 November sebagai hari penamaan calon dan 3 Disember sebagai hari pengundian awal.

Hari mengundi pula ditetapkan pada 7 Disember ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat