Idayu Tak Gentar Ditentang 1-1 BN-PH, Yakin Rampas Tioman

- Advertisement -

ROMPIN – Meskipun kini berdepan tentangan padu 1-1 impak daripada pengabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) namun, ia sedikit pun menggetarkan calon Perikatan Nasional (PN) DUN Tioman, Idayu Hashim.

Menurut beliau, pimpinan atasan BN dan PH faham bagaimana mood akar umbi mereka berhubung penggabungan dua buah parti itu.

“Gabungan BN-PH saya tak rasa tergugat apa pun sebab saya yakin Insyaallah kemenangan akan berpihak kepada PN dan isu BN-PH itu urusan mereka lah.

“Sebab mereka pun faham akar umbi mereka macam mana menyokong atau pun tidak tentang penggabungan ini,” katanya kepada Suara.TV ketika hadir di Ramah Mesra program tukar minyak hitam di Terminal Bas Rompin pada Jumaat.

Menyedari sekiranya kemenangan di Tioman berpihak kepadanya namun tetap hadir di Sidang DUN Pahang sebagai pembangkang, Idayu tetap istiqamah melaksanakan amanah dan membawa suara rakyat Tioman.

“Saya akan jalankan amanah sebagai ADUN sebaik mungkin.

“Lagipun Pas dah biasa jadi pembangkang, saya akan jalankan tanggungjawab sebaiknya,” ikrar beliau.

Malah Idayu turut berkongsi sepanjang tempoh berkempen ini rata-rata pengundi yang ditemui dan disantuninya mendoakan kemenangan beliau pada 7 Disember ini sekali gus menjadi wakil rakyat mereka yang baru.

“Setakat ini respons pengundi sangat baik kepada saya selaku calon PN.

“Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN,” ujarnya. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat