Kabinet : Keruntuhan Moral Akar Umbi UMNO

- Advertisement -

JOHOR – Pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia menyukarkan lagi proses rejuvenasi parti di peringkat akar umbi, kata Aktivis Pemuda UMNO Johor, Syed Mohd Syed Nasir.

Menurutnya ini dengan jelas ditunjukkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau menghalalkan pemimpin kluster mahkamah dan diberikan ruang mencorak negara.

“Aakar umbi dimomokkan dengan pelantikan Presiden Umno sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia demi kelangsungan UMNO sebagai sebuah parti orang melayu yang terbesar dalam negara.

“Adakah ini adil bagi mantan Perdana Menteri Malaysia ke – 6 iaitu Najib Razak yang merupakan seorang pemimpin yang berjiwa besar kerana akur dengan keputusan rakyat?

“Adakah selepas ini ada pelepasan kluster mahkamah lagi?”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya fokus memulihkan keruntuhan moral serta memberi halatuju yang jelas kepada akar umbi seharusnya menjadi keutamaan dan bukan sebaliknya mengejar jawatan dan kedudukan demi kepentingan peribadi.

“Janganlah ada pemimpin UMNO yang berubah pendirian demi kepentingan peribadi, pelantikan presiden UMNO sebagai TPM bukan tempat untuk dijadikan shelter atau pelindung bagi mereka yang menggadaikan maruah perjuangan akar umbi.

“Untung Secupak, Rugi Segantang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat