Tengku Zafrul, Saifuddin Dilantik Senator, Galas Jawatan Menteri Perdagangan dan Menteri KDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, hari ini diumumkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa, dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan pada Mac 2020 dipilih semula sebagai Senator bagi menjawat jawatan itu walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Zafrul menyertai UMNO bertanding di bawah tiket Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Selangor pada PRU15, menentang calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Dzulkefly Ahmad; calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Noor Mohd Sahar dan calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Mohd Shaid Rosli.

Beliau memperoleh 30,031, manakala Dr Dzulkifli menang tipis dengan kelebihan 1,002 undi selepas memperoleh 31,033 undi.

Sementara itu, turut dilantik sebagai senator ialah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin, yang juga Setiausaha Agung PKR itu dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau pernah memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) pada Mei 2018 hingga Mac 2020.

Pada PRU15 lalu, Saifuddin gagal mempertahankan Parlimen Kulim Bandar Baharu apabila tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), dengan majoriti 13,061 undi.

Calon PN, Roslan Hashim meraih 34,469 undi berbanding Saifuddin hanya meraih 21,408 undi.

Dua calon lain iaitu Muhar Hussain daripada Barisan Nasional (BN) meraih 13,872 undi, manakala calon PEJUANG, Mohamad Yusrizal Yusoff hanya mendapat 591 undi. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat