Calon Jemaah Menteri pilihan parti masing-masing, kata Fahmi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil hari ini menjelaskan tentang pemilihan calon Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang diumum Perdana Menteri semalam.

Menurut Fahmi yang juga Menteri Komunikasi Digital, pemilihan barisan menteri itu ditentukan oleh parti dan gabungan masing-masing, bukannya keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, langkah tersebut diambil kerana kerajaan menyedari perlunya mereka mengelak kesilapan yang pernah dilakukan oleh pentadbiran sejak 2018.

Selain itu, beliau turut menggelarkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai “lupa” kerana telah menjadi amalan seseorang perdana menteri sebelum ini melantik sesiapa yang dirasakannya sesuai. Namun, ia berbeza ketika ini kerana Malaysia kini ditadbir oleh kerajaan perpaduan, kata Fahmi.

Kata Fahmi, kerajaan semasa ini dibentuk secara bersama dan setiap keputusan penting dibuat secara musyawarah, termasuk dalam isu pelantikan jemaah menteri.

“Ini satu perubahan penting bagi mengelak kesilapan yang berlaku dalam setiap pentadbiran sejak 2018, apabila jemaah menteri seringkali dibuat bukan mengikut saluran pimpinan utama parti,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Menceritakan kembali semasa pentadbiran 2018, kata Fahmi, wujud kelompok-kelompok kartel tertentu sehingga berlaku keadaan “parti dalam parti” dan akhirnya merosakkan kestabilan politik.

“Berbeza daripada tiga pentadbiran sebelum ini – dan menginsafi apa yang pernah terjadi – maka perdana menteri dan ketua parti gabungan dalam kerajaan telah bersetuju bahawa senarai calon jemaah menteri akan ditentukan parti atau gabungan masing-masing,” katanya.

Muhyiddin dalam kenyataannya hari ini menganggap barisan Kabinet yang diumumkan semalam sebagai sesuatu yang “paling mengecewakan” dalam sejarah negara.

Dia yang juga presiden Bersatu mendakwa Anwar sudah menggadai prinsip tatakelola yang baik seperti yang dijaja semasa kempen pilihan raya umum (PRU) lalu apabika menerima “kleptokrat” dan “cauvinis” dalam kabinet.

Sehubungan itu, Fahmi turut menambah,menjadi komitmen Anwar dan kerajaan untuk tidak akan sekali-kali mencampuri urusan kehakiman dalam mana-mana kes.

“Muhyiddin, hentikanlah serangan polemik yang mengeruhkan dan yang cuba mengelirukan rakyat.

“Penting untuk kita ingat bahawa Muhyiddin sendiri ada banyak isu yang mungkin perlu diteliti dan ditelusuri kelak, termasuk isu 1BestariNet dan dana RM500 bilion yang dikatakan dibelanjakan sewaktu tempoh pandemik,” katanya lagi.

Suara.tv

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat