Penantian Raisa selama 12 tahun berbaloi, konsert solo pertama memukau peminat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penantian selama 12 tahun ratu pop dan R&B Indonesia, Raisa untuk mengadakan konsert solo pertamanya di Kuala Lumpur akhirnya berbaloi.

Selepas 12 tahun bergelar penyanyi, Raisa atau nama sebenarnya Raisa Andriana berjaya mengadakan ‘Konsert Raisa Live in Malaysia’ pada 20 November lalu bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Malah, penyanyi berusia 32 tahun itu juga tidak menyangka ramai peminatnya di negara ini apabila konsert tersebut dihadiri kira-kira 2,500 peminat yang memenuhi ruang dewan serba moden berkenaan.

Dalam konsert selama dua jam itu, Raisa sempat bertanya pada peminatnya sama ada telah mengundi atau tidak memandangkan konsertnya berlangsung sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kalian semua pergi mengundi? Saya sempat berdebar sebenarnya tapi mujurlah konsert ini berlangsung sehari selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Terima kasih Malaysia, kalian comel sangat. Saya tunggu 12 tahun untuk konsert ini. Harap selepas ini akan panggil saya lagi ya. Jangan biarkan saya tunggu lama-lama,” kata Raisa sambil disambut sorakan oleh peminatnya.

Peminat juga terbuai-buai dengan suaranya yang merdu apabila beliau menyanyikan lagu-lagu terbaiknya antaranya Bahasa Kalbu, Percayalah, Kali Kedua dan Mantan Terindah.

Konsert tersebut bertambah ‘gah’ dengan iringan persembahan sistem ‘audio-visual’ daripada pengenjurnya, Hitman Solutions serta diserikan dengan iringan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada semua peminat yang hadir menonton persembahan Raisa.

Menurutnya, ramai peminat berpuas hati dengan konsert berkenaan dan kagum dengan cara Raisa berinteraksi bersama penonton.

“Rata-rata pembeli tiket konsert mengatakan mereka amat berpuas hati dapat menyaksikan bintang kesayangan mereka membuat persembahan secara ‘live’ dan terpesona dengan kebolehan Raisa berinteraksi dengan penonton ibarat seorang ‘story-teller’ menceritakan maksud setiap karya yang dinyanyikannya.

“Raisa juga turut meluahkan rasa terharunya kerana sambutan yang diluar jangkaan daripada peminat Malaysia dan menyatakan penantiannya selama 12 tahun untuk membuat persembahan di Malaysia akhirnya berbaloi,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat