Status Muafakat Nasional akan dibincang 191 bahagian UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – 191 bahagian UMNO akan membincangkan status kerjasama antara PAS dan UMNO dalam Perhimpunan Agung parti itu yang dijadual bermula 18 Disember ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pada masa ini, UMNO berpegang kepada keputusan yang dibuat dalam perhimpunan agung yang lalu agar Muafakat Nasional (MN) diperkuatkan, walaupun setelah PAS memutuskan untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam PRN Melaka.

“Selagi belum ada Perhimpunan Agung Umno, kerjasama ini tidak boleh diubah.

“Oleh itu, saya berharap 191 bahagian Umno yang bersidang kelak dapat membuat keputusan terbaik terhadap MN untuk parti menghadapi PRU15,” katanya seperti dipetik Sinar Harian pada Jumaat.

Mesyuarat di peringkat bahagian akan melantik perwakilan untuk ke perhimpunan agung tahunan – badan membuat keputusan tertinggi dalam Umno – pada 13 Januari tahun depan.

Pada PRN Melaka bulan lalu, rundingan antara Umno dan PAS menemui jalan buntu dan PAS akhirnya memilih untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Calon dua parti itu juga bertembung antara satu sama lain di tujuh kerusi – yang semuanya dimenangi UMNO.

Susulan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan terus bersama-sama PN dan pada masa sama cuba menyatukan Umno, PAS dan Bersatu.

Hadi berkata MN tidak lengkap tanpa Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat