Omicron: Usah Panik, Vaksin Dan Buat Ujian Kendiri – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Buat masa ini kita masih belum mengenal pasti sejauh mana ‘mala petaka’ yang diakibatkan oleh varian Omicron, jadi tidak sepatutnya panik dan risau keterlaluan (over react),” nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau sebaliknya mengesyorkan supaya orang ramai mematuhi SOP dan meneruskan norma mengambil langkah berjaga-jaga, lengkapkan dos vaksin termasuk dos penggalak dan sentiasa melakukan ujian kendiri COVID-19.

“Secara umumnya kita belum cukup mengetahui tentang Omicron.

“Kita tidak seharusya panik dan bertindak balas berlebihan, tetapi teruskan ambil semua langkah jaga-jaga yang telah ditetapkan dalam sistem kesihatan awam.

“Dapatkan vaksin dan lakukan ujian kendiri,” ciap beliau di Twitter pada Jumaat.

Dr Noor Hisham memberi keyakinan bahawa KKM dan kerajaan telah menyediakan sistem kesihatan awam yang bersedia dalam mendepani sebarang respons.

Hari ini dilaporkan, seorang pelajar yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan dilaporkan mencatatkan kes pertama varian Omicron di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes pertama dengan varian paling dibimbangi itu sudah masuk ke negara kita.

Beliau berkata pada sidang media pada Jumaat, sambil memaklumkan individu itu sudah diarah menjalani kuarantin diri.

Katanya, semua saringan kepada kontak rapat individu berkenaan juga sudah dijalankan dan keputusannya adalah negatif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat