Drama Diari Seorang Suami bawa kisah pasangan gelandangan

- Advertisement -

ATAS dasar cinta, pasangan muda ini nekad mencari kebahagiaan hidup walaupun perkahwinan mereka tidak direstui oleh keluarga masing-masing.

Namun, cabaran hidup yang sangat sukar di ibu kota mula menguji perasaan dan hati kedua-dua insan muda ini.

Diari Seorang Suami yang mempunyai 13 episod ini  turut menampilkan pelakon-pelakon popular lain seperti Keith Foo, Fimie Don, Jun Lojong, Syanie dan Sani Sudin Kopratasa.

Sinopsis Diari Seorang Suami

Image

Hairi (Afieq Shazwan) dan Neesa (Yuna Rahim) berkahwin pada usia muda walaupun tidak direstui oleh keluarga. Masing-masing hanya berumur 18 tahun. Hairi berbekalkan sijil SPM manakala Neesa bakal menduduki peperiksaan STPM. Mereka telah membuat keputusan untuk berkahwin lari.

Mereka berdua mula menjadi gelandangan di Kuala Lumpur. Malahan, mereka juga tidak mempunyai arah tujuan dan pekerjaan yang tetap.

Hairi dan Neesa terpaksa melalui pelbagai onak duri hidup dalam kalangan masyarakat gelandangan. Kisah hidup mereka bertambah rumit selepas Neesa disahkan mengandung. Semuanya dicatatkan di dalam diari Hairi yang tidak pernah diketahui oleh Neesa.

Orang Kaya Azman (Keith Foo) muncul dalam hidup mereka dan mahu membantu Hairi dan Neesa. Orang Kaya Azman menawarkan pekerjaan kepada Hairi malah juga membenarkan kedua-duanya tinggal di rumah agam miliknya.

Apakah yang bakal berlaku pada Hairi dan Neesa? Diari Hairi bakal menjawab hati dan perasaan seorang suami.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Diari Seorang Suami setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3. Anda juga boleh menyaksikannya di laman web www.tonton.com.my

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,613FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat