Apa masalah MK tak nak promosi filem sendiri?

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penerbit filem Marabahaya Underground, Suhaimi Selamat terkilan terhadap sikap penyanyi dan pelakon, MK K-Clique yang dikatakan tidak memberikan kerjasama terhadap promosi filem itu.

Suhaimi berkata, dia binggung akan situasi yang berlaku dan berharap dapat menyelesaikan perkara itu agar tidak mencalarkan imej pihak produksi.

“Memang sudah tertulis dalam kontrak mengenai bahagian promosi dan pemasaran. Jika MK rasa kami menggunakan namanya, kami mengambil dia berlakon ketika pengikutnya baru 100,000 ketika tahun 2019.

“Cat Farish selaku pengarah yang melihat potensi MK sebagai pelakon dan menyatakan hasrat mengambilnya berlakon. Tidak sangka begini pula jadinya. Apabila mesej atau telefon hendak berjumpa pun tiada kata putus. Sudah berjanji tidak muncul pula, itu yang lebih menyulitkan keadaan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Suhaimi, pihaknya boleh dibawa berbincang sekiranya MK mahukan bayaran lebih.

“Sekiranya dia ingin meminta bayaran lebih untuk promosi, semuanya boleh dibawa berbincang. Saya sebenarnya malas hendak memanjangkan isu, namun ingin tahu apa masalah sebenar yang berlaku.

“Saya tidak mahu kontroversi atas sikap dan tindakannya ini akan mencalarkan nama baik produksi. Mungkin peminatnya tertanya-tanya kenapa dia tidak memuat naik semula hantaran dan sebagainya,” katanya.

Dalam masa sama, Suhaimi berkata perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana mampu mencalarkan imej artis itu.

“Saya percaya pada naskhah Marabahaya Underground dan tidak hanya bergantung kepada MK semata-mata. Jika dia tidak mahu promosi, maka terpulanglah.

“Cuma apa yang berlaku tidak bagus untuk industri ini, semoga ia tidak berulang lagi pada masa hadapan. Bukan saya saja yang mesej, malah Cat selaku pengarah pun ada juga mesej mengenai hal ini.

“Saya pasti sebagai pengarah, Cat juga kecewa kerana ini adalah filem arahan pertamanya. Kami mempunyai bukti mesej dan semuanya. Malah, bayaran juga sudah dijelaskan mengikut masa,” katanya.

Filem yang ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480, bermula semalam itu turut membariskan Joey Daud, Hazama, Jasmin Suraya, Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea, Amzarul dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat