Tiga siri RTX 3060 Ti diperkenalkan

- Advertisement -

Jenama pengeluar kelas permainan terkemuka, MSI hari ini mengumumkan barisan kad grafik baharu mereka menggunakan rekaan RTX 3060 Ti yang menawarkan kuasa prestasi mengatasi siri RTX sebelum ini.

Sebanyak empat variasi diperkenalkan membabitkan Nvidia siri RTX 3060 versi Gaming, Ventus 3X, Ventus 2X dan segmen paling popular iaitu Gaming Trio.

  Kad grafik berkenaan menawarkan kuasa prestasi paling mengagumkan untuk segmen permainan 1080p serta 1440p serta peningkatan drastik kadar segar semula (FPS) bagi beberapa siri permainan tahap AAA termasuk Watch Dogs: Legion.

Untuk segmen paling popular bagi pengguna iaitu Gaming X Trio, MSI masih mengekalkan sistem penyejukan tiga kipas yang dilengkapi dengan teknologi ‘Twin Frozr’ yang sudah dikemaskini untuk suhu optimum ketika keupayaan penuh (full load).

Sesuai dengan kad premium, MSI RTX 3060 Ti Gaming X Trio menawarkan penyelarasan lampu RGB menerusi Mystic Light yang boleh diubah suai menerusi perisian terbina.

Bagi siri Ventus pula, dua variasi diperkenalkan iaitu Ventus 3X dan Ventus 2X yang didatangkan dengan teknologi sistem penyejukan TORX Fan 3.0.

Perkakas segmen ini didatangkan dengan tetapan tiga atau dua kipas mengikut model.

Tanda harga bagi siri Gaming X Trio adalah RM2,299, Ventus 3X RM2,199, Ventus 2X (RM,2,099) dan Twin Fan (RM1,880).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat