Sasar audiens baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengedar kandungan program serta filem terbesar di Malaysia, Primeworks Studios (PWS) mengumumkan projek kolaborasi bersama perkhidmatan penstriman video, platform OTT (Over-The-Top), WeTV Malaysia.

Melalui perkongsian strategik ini, kedua-dua pihak bukan sahaja bakal menghasilkan produksi bersama, malah menyiarkan drama terpilih untuk pelanggan WeTV secara percuma, selepas sejam ditayangkan TV3.

Salah satu drama daripada slot Lestary berjudul Sang Pewaris mula ditayangkan dari 26 November lalu hingga 30 Disember depan, untuk sajian pelanggan WeTV Malaysia.

Drama 13 episod yang dibintangi pelakon pujaan ramai, Ben Amir dan Amyra Rosli, mengetengahkan kisah kehidupan Ali dari ‘zero’ kepada ‘hero’ dengan unsur romantis dan konflik kekeluargaan yang muncul satu persatu.

Selain itu, sebuah lagi drama hebat adalah Bidadari Salju sebanyak 28 episod yang mengangkat tema buli dan dendam. Drama ini membariskan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina. Drama Bidadari Salju mengisi slot Akasia TV3 bermula 15 Disember hingga 21 Januari depan.

 

Primeworks Studios umum projek kolaborasi bersama WeTV Malaysia dan drama Sang Pewaris terpilih untuk pelanggan penstriman video, platform OTT (Over-The-Top) itu secara percuma. - Foto TV3
Primeworks Studios umum projek kolaborasi bersama WeTV Malaysia dan drama Sang Pewaris terpilih untuk pelanggan penstriman video, platform OTT (Over-The-Top) itu secara percuma. – Foto TV3

 

Ketua Pegawai Eksekutif, PWS dan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Salleh optimis dengan kolaborasi dua pihak.

“Kami sangat teruja kerana ia memberi anjakan dalam mengukuhkan rekod prestasi kami dalam projek kerjasama bersama platform penstriman terbaik di Malaysia.

“Ini dapat membina platform langganan utama dengan menawarkan program hebat masa kini.

“Secara tidak langsung, langkah ini dapat meningkatkan strategi dan usaha kami untuk menerbit dan menghasilkan kandungan lebih hebat.

“Selain itu, ia juga dapat memperluaskan sasaran penonton baharu,” katanya.

Sementara itu, Pengurus WeTV Malaysia, Heng Aik Kuang berbangga dengan kerjasama terjalin.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Media Prima Berhad (MPB) dalam menerbitkan lebih banyak program tempatan.

“Kami berharap lebih banyak program hebat dan bermutu tinggi diterbitkan melalui usaha sama ini.

“Kehendak dan cita rasa penonton menjadi keutamaan kami, selain dapat memberi manfaat, membantu dan menyokong bakat di belakang tabir industri tempatan,” katanya.

Sebelum drama Sang Pewaris, WeTV pernah menyiarkan drama Nur 2 yang dibintangi Amyra dan Syafiq Kyle.

Pelanggan WeTV boleh menikmati kandungan premium pada harga langganan promosi RM7.90 sebulan atau RM79.90 setahun. Pakej ini ditawarkan melalui pelantar wetv.vip atau diaplikasi yang tersedia di Apple Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store untuk android.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat