Konsert ketiga SFMM35 pada 15 Disember ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Konsert ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-35 (SFMM35) akan bersiaran pada 15 Disember ini.

Penerbit Eksekutif SFMM35, Nurhul Huda Khalid​ mengesahkan konsert ketiga itu akan berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“SOP dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi keutamaan demi memutuskan rantaian penularan COVID-19. Warga kerja yang mempunyai kontak rapat kepada Alif Satar sudah pun membuat ujian calitan di pusat perubatan kerajaan yang berhampiran.

“Warga kerja lain sudah mematuhi arahan Jabatan Sumber Tenaga, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga, walaupun tidak bergejala.

“Oleh itu, sekiranya kekal tidak bergejala hingga tamat tempoh kuarantin, jadi dibenarkan kembali bekerja seperti biasa sambil mematuhi SOP ditetapkan. Kini, proses perancangan semula SFMM35 sedang diperhalusi dan pensanitasi berkala dilakukan bagi memastikan kelancaran penyiaran konsert ketiga SFMM35 pada 15 Disember ini,” katanya kepada BH Online.

 

Penerbit Eksekutif SFMM35, Nurhul Huda Khalid.
Penerbit Eksekutif SFMM35, Nurhul Huda Khalid.

 

Terdahulu, SFMM35 ditunda dan seluruh warga kerja serta artis turut menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas pengumuman Alif di akaun Instagram miliknya bahawa disahkan positif COVID-19.

Bagaimanapun, dalam keterujaan berlangsungnya program itu, Nurhul Huda turut menegaskan pematuhan SOP pada malam berkenaan akan semakin diperketatkan.

“Hanya artis yang membuat persembahan pada malam ini sahaja yang akan hadir bagi memastikan bilangan orang yang berada di studio Sri Pentas 2 dapat dikurangkan dan memudahkan penjarakan fizikal,” katanya.

 

Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita mempertaruhkan lagu Belenggu Rindu. - FOTO NSTP
Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita mempertaruhkan lagu Belenggu Rindu. – FOTO NSTP

 

Lagu yang akan bertanding pada konsert itu adalah Hello, nyanyian Ismail Izzani dan Andi Bernadee, Eh (Zizi Kirana), Semalam (Aina Abdul), Belenggu Rindu (Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah, X Missing You (Dayang Nurfaizah, Yonnyboii dan Tuju), Takkan Terlerai (Syamel dan Ernie Zakri), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Aku Kau Dan Muzik (Akim dan Stacy) dan Peluang Kedua (Nabila Razali).

Sebelum ini, dua konsert SFMM35 sudah berlangsung pada 20 dan 21 November lalu. Dua lagu diangkat sebagai lagu terbaik iaitu Hati nyanyian Hael Husaini dan 7 Nasihat didendangkan Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sicta.

Bersama Haziq Hussny dan Sherry Al Hadad, penonton akan mengetahui 12 lagu yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 35 menerusi episod ketiga SFMM35 pada 15 Disember ini, jam 9 malam di TV3.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat