Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai pencarum terhadap syarat-syaratnya yang ketat.

Najib berkata, proses pengeluaran skim i-Sinar masih mempunyai kekurangan yang perlu diperbaiki dan ditambah baik demi kepentingan pencarum.

“Ini jelas kelihatan dari jumlah komen mencecah 50,000 ribu di ruang komen posting saya malam semalam di mana hampir 99% adalah komen yang berbunyi i-Kecewa, i-Kencing dan i-Marah,” katanya, merujuk kepada komen rakyat Malaysia yang mengadu di Facebook beliau.

Najib menjelaskan berdasarkan komen-komen tersebut agak ketara ramai pencarum yang kecewa dan rasa dipermainkan kerajaan.

“Ramai pencarum sudah bertukar menjadi pencarut sebab rasa telah dipermainkan pemerintah.

“Saya percaya jumlah komen yang mencecah 50,000 adalah satu petunjuk bagi kemarahan Rakyat.

“Sebab itu, saya tuntut kerajaan PN untuk sekali lagi menambah baik skim i-Sinar dengan tidak lagi mengenakan apa-apa syarat bagi mana-mana ahli yang ingin mengeluarkan simpanan mereka untuk menghadapi krisis pandemik yang sudah melanda kita selama 10 bulan,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, kerajaan seharusnya mempermudahkan proses pengeluaran dan meletakkan kepercayaan kepada rakyat kerana hanya rakyat sendiri yang memahami cabaran kewangan yang sedang mereka hadapi sekarang.

“Rakyat juga faham mereka tidak akan sia-siakan simpanan masa tua mereka jika tiada keperluan mendesak,” katanya.

Dalam pada, beliau turut membangkitkan beberapa persoalan yang ditimbulkan para pencarum berkenaan syarat pengeluaran i-Sinar.

“Adakah ianya logik bahawa ahli dengan pendapatan RM10k sebulan yang turun 30% menjadi RM7k dianggap terjejas tetapi ahli dengan pendapatan RM2k sebulan yang turun 20% menjadi RM1,600 tidak dikira sebagai terjejas dan tidak layak?

“Kerajaan juga tidak akan tahu berapa jumlah beban tunggakkan hutang atau liabiliti dihadapi ramai akibat pendapatan yang tidak menentu yang telah bertimbun setiap bulan sejak pandemik bermula 10 bulan lalu.

“Sebab itu, ianya bukan tanggung jawab kerajaan untuk membuat andaian ahli mana yang sedang terdesak dengan meletakkan syarat arbitrari bahawa pendapatan ahli perlu berkurang 30% sebelum layak.

“Ianya juga bukan tanggung jawab kerajaan untuk menafi Rakyat mengambil duit sendiri pada ketika mereka paling terdesak.

“Sebaliknya, tanggung jawab kerajaan ialah untuk mempermudahkan bagi Rakyat dan untuk mencari jalan untuk memastikan simpanan KWSP dapat dipulihkan pada masa tersingkat setelah pandemik Covid berakhir,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat