Lega, semua dah negatif Covid-19

Malaysia Terima Bantuan Peralatan Perubatan RM19 Juta Dari Kerajaan Jepun – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR - Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan bernilai 500 juta yen (kira-kira RM19 juta) daripada kerajaan Jepun dalam usaha menangani pandemik Covid-19. Menteri Kesihatan,...

Pemuda UMNO Merbok Harap Penutupan Jambatan Semeling Di Tarik Balik

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok hari ini menyuarakan bantahan terhadap tindakan penutupan Jambatan Semeling oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

18 Kematian Akibat Covid-19, Rekod Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan kes kematian baharu tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 18 korban menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 kes. Ketua...

Malaysia rasmi sokong haram senjata nuklear

KUALA LUMPUR- Hari ini 22 Januari Malaysia menyokong sepenuhnya penguatkuasaan Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (#TPNW). Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, tiada...

Kuala Lumpur: Beberapa artis yang menjalani kuarantin kendiri sejak 23 November lalu disahkan bebas Covid-19 selepas melakukan ujian saringan kedua.

Antaranya, Naim Daniel, Ernie Zakri, Syamel, Wany Hasrita, Sherry Al Hadad, Andi Bernadee dan Haziq Hot FM.

Naim Daniel berkata, dia berterima kasih atas doa yang dititipkan peminat.

“Alhamdulillah, saya bebas dari Covid-19. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Saya sudah selitkan doa buat kalian semua di baju #purnamanaim yang saya pakai ni,” katanya.

Bagi Ernie Zakri pula, keputusan itu sekali gus melegakan dirinya dan sudah bersedia kembali bekerja seperti biasa.

“Selepas hampir dua minggu menjalani kuarantin, saya dan Syamel ambil keputusan untuk buat ujian saringan kedua walaupun bukan kontak rapat sebab kita tak tahu kan apa yang boleh terjadi. Alhamdulillah, hasil keputusan kami negatif.

“Syukur juga apabila doktor beritahu kami tidak perlu lagi menjalani kuarantin. Kami sudah boleh kembali bekerja. Terima kasih buat doanya. Saya doakan semua rakan lain mendapat khabar yang sama. Ini bukan lawak. Banyak perkara yang menyedarkan tahun ini. Syukur Ya Allah. Jaga diri semua,” katanya.

Sementara itu, pengacara, Sherry Al Hadad berkongsi berita gembira itu apabila bebas Covid-19 dan tidak perlu lagi memakai gelang ‘pink’.

“Selepas beberapa hari duduk di rumah sebab kena kuarantin, hari ini keluar rumah untuk menjalani ujian saringan kedua. Alhamdulillah, keputusan negatif dan gelang pun sudah dipototong,” katanya.

Haziq menerusi hantaran di Instagram story berkata, dia dan semua tenaga kerja separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) bebas Covid-19.

“Hari ini selepas 14 hari kontak rapat dengan Alif Satar. Alhamdulillah, semua tenaga kerja SFMM35 negatif. Semoga Alif pun negatif juga tidak lama lagi,” katanya.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah. Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang...

Berita Berkaitan

realme Lancar Watch S Pro, Jam Tangan Pintar Yang Ranggi Dan Praktikal

Mulai memasuki pasaran Malaysia dengan menawarkan telefon pintar berbaloi dan mampu milik, realme kini nampaknya semakin melebarkan jaringan produk yang ditawarkan dengan penawaran jam...

Bermula Hari Ini, Burger King Malaysia Mahu Beri 5 Unit PlayStation 5 Buat Para Pelanggan

Akhirnya saat-saat yang dinantikan telah tiba, Burger King bakal memberikan peluang untuk anda menangi PlayStation 5 (PS5) secara percuma. Bukan 1 tapi 5 unit...

Wawa Zainal, tiga anak negatif Covid-19

Kuala Lumpur: Pelakon, Wawa Zainal bersyukur apabila ujian saringan Covid-19 bersama tiga anaknya disahkan negatif, hari ini. Wawa berkata, keputusan itu diperoleh selepas membuat ujian...