Seronok lihat hubungan persahabatan Erra Fazira, Awie berpanjangan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Suka tengok hubungan persahabatan Erra Fazira dan Datuk Awie. Semoga hubungan persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila. Insya-Allah.”

Itu antara komen pengguna laman sosial di Instagram Erra Fazira yang memaparkan pelakon itu memberikan hadiah berupa set penjagaan rambut sempena hari jadi Awie ke-52 yang disambut baru-baru ini.

Erra menerusi hantaran itu turut mendoakan semoga isteri Awie, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 33, yang kini hamil tujuh bulan selamat bersalin.

“Hadiah ‘belated birthday’ kepada kekanda yang budiman, Awie. Alhamdulillah segala onak duri berjaya ditempuh hingga menjadikan kekanda Datuk Awie satu nama besar di persada seni tanah air. Alhamdulillah.

“Tahniah buat Datuk dan Datin yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi. Semoga seisi keluarga sentiasa dalam rahmat Allah, berjaya dan bahagia zahir batin, dunia dan akhirat. Jangan lupa gunakan set penjagaan rambut dari Faith Fleur tau. Sangat bagus untuk masalah keguguran,” tulisnya.

Menerusi video yang dimuat naik juga, Awie kelihatan begitu teruja mendapat hadiah daripada Erra ketika mereka menjalani penggambaran telefilem Sue-On terbitan Awie menerusi syarikat produksi Rumah Produksi Merah.

“Wah, alamak dapat hadiah. Terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Hantaran itu mendapat lebih 7,000 tanda suka dan lebih 70 komen dalam tempoh sejam selepas dimuat naik.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat