Kenali Bella Poarch, Wanita Paling Terkenal Di TikTok Yang Dituduh Pengikut Illuminati

- Advertisement -

Bagi sesetengah orang, mereka mungkin tidak mengenali Bella Poarch. Mereka mungkin tertanya-tanya daripada manakah wanita muda ini datang? Dan bagaimana dia boleh menjadi begitu popular?

Bekerja sebagai bintang media sosial, Bella Poarch mula terkenal dengan video lip-sync di aplikasi TikTok. Video yang dimuat naik pada 17 Ogos itu telah menjadi antara video yang paling banyak mendapat tanda suka di TikTok. Kini, kira-kira dua setengah bulan selepas video itu disiarkan, ia telah mempunyai lebih daripada 41 juta tanda suka dan setengah bilion tontonan.

 

Sejak kejadian yang tidak diduga itu, Poarch kini telah menjadi antara salah satu bintang TikTok paling popular di dunia dengan lebih dari 40 juta pengikut.

Bagaimanapun, kebanyakan orang mempersoal bagaimana dia naik popular begitu cepat? Dengan video pertamanya di TikTok adalah April 2020 – bulan yang sama dia mencipta akaun Twitter. Manakala saluran YouTube dengan namanya yang mempunyai kira-kira 172,000 pengikut pula dicipta pada Mac 2020 dan laman Instagram miliknya yang mempunyai 7.4 juta pengikut pula mula dibina seawal tahun 2016.

Siapakah Bella Poarch?

Bella Poarch adalah seorang warga Amerika-Filipina. Dia sempat tinggal di Filipina dan kemudian berpindah bersama keluarganya ke Hawaii. Ketika sudah meningkat dewasa, dia mendaftar di bawah Angkatan Laut AS.

Melalui laporan InTheKnow, nama sebenar Bella telah dipersoalkan sejak dia menjadi popular. Melalui foto yang dimuat naik, kelihatan beliau memakai pakaian seragam Tentera Laut AS dan mempunyai tanda nama lain di bajunya, iaitu Taylor. Kebanyakan orang percaya bahawa Bella bukanlah namanya yang sebenar. Bukan itu sahaja, tarikh lahirnya pada Februari 1997, turut dipersoal oleh orang ramai, lapor PopBuzz.

Dia mula sertai TikTok pada bulan April 2020 dan sejak itu, dia melonjak popular dengan begitu cepat. Bayangkan dalam masa kurang dari sebulan, Bella sudah mempunyai lebih dari 40 juta pengikut di TikTok. Dia mula mencipta pelbagai video, namun yang paling popular adalah video lagu “M to the B” oleh Millie B. Video yang dibuat oleh Bella dengan menggunakan lagu itu menjadi viral dan mencipta rekod sebagai video paling banyak ditonton.

Sejak itu, Bella telah memfokuskan untuk mencipta kandungan ke arah lucu, video lip-sync, tarian dan beberapa kandungan video dia sedang bermain game. Setelah berjaya mencipta fenomena di laman TikTok, dia mula mencipta saluran YouTube dan laman Twitter.

Kontroversi Bella Poarch

Bella telah terpalit dengan beberapa kontroversi sejak dia menjadi sensasi di aplikasi TikTok. Antara kontroversi yang dicipta olehnya adalah berkenaan tatu bendera “matahari terbit” di badannya. Tatu itu dikatakan sensitif bagi rakyat Korea Selatan, kerana ia adalah tatu khas yang menunjukkan penjajahan Jepun ke atas negara Korea.

Bintang media sosial tersebut telah membuat permohonan maaf kepada para peminat dan mengatakan bahawa dia tidak tahu mengenai sejarah simbol tersebut dan mula menyembunyikan kepada umum setelah faham sejarah disebalik lambang terbabit.

 

Dia juga tidak terlepas daripada tuduhan rasis. Terdahulu, Bella pernah memanggil salah seorang temannya di media sosial sebagai “Harambe”, yang merupakan seekor gorila yang terbunuh pada tahun 2016. Untuk pengetahuan anda, monyet atau gorila sering digunakan untuk mengejek orang kulit hitam. Bella pula tampil mempertahankan kenyataannya, di mana dia mengatakan bahawa nama itu sudah digunakan ketika dia tinggal di Jepun.

Pengikut Iluminati

The Daily Dot melaporkan bahawa satu video viral yang berlegar di laman TikTok pada bulan Oktober lalu menuduh bahawa Poarch telah menjual jiwanya kepada kumpulan Illuminati. Tidak pasti bagaimana dakwaan ini timbul, tetapi melihat kepada populariti yang diraih Poarch dalam masa yang singkat, di tambah pula dengan beberapa kontroversi lain, kebanyakan orang lebih senang dengan teori konspirasi.

Dakwaan tersebut dibuat oleh penguna TikTok dengan nama @larissadenisee. Dia mendakwa bahawa Poarch telah menjual jiwanya kepada kumpulan Illuminati dan mengatakan bahawa gambar Poarch dengan solekan syaitan diambil sebulan sebelum dia menjadi viral di TikTok. Video yang menjadi rujukan @larissadenisee dimuat naik pada 30 April.

 

Bagaimanapun, BuzzFeed News melaporkan bahawa kejayaan Poarch dalam waktu yang singkat didorong oleh wajahnya yang cantik dan videonya yang segar. Ia adalah kandungan atau konten yang mahu dilihat oleh kebanyakan anak muda masa kini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat