Agong Berkenan Tinjau dan Sertai Operasi SAR

Pemuda UMNO Kota Raja gesa segerakan pemilihan parti

CYBERJAYA: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja menggesa agar pemilihan parti disegerakan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam parti terbesar orang Melayu itu. Ketua Pemuda...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Cemar Nama Institusi Kerajaan

KUALA LUMPUR - Bak peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit', itulah ibarat bagaimana budaya rasuah dan salah laku segelintir penjawat awam, mencemarkan...

TEMERLOH – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Loqman Hamka, 20, yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang di Kampung Tebing Tinggi di sini, sejak seminggu lalu.

Turut mengiringi keberangkatan tiba Seri Paduka di lokasi SAR ialah tiga anakanda iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Seri Paduka turut berkenan menyantuni ibu bapa mangsa, iaitu Hamka Abu Bakar, 62, dan Rohaya Ismail, 57, yang berada di lokasi kejadian sebelum mendengar taklimat operasi yang dipersembahkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Sebaik sahaja selesai taklimat, Al-Sultan Abdullah bersama tiga anakanda berkenan menyertai operasi SAR selama hampir sejam bermula 3.10 petang dengan menaiki bot bomba dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh hingga hampir dua kilometer ke hilir sungai.

Dalam kejadian 27 Nov lepas, Mohd Loqman dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu selepas memaklumkan keluarga mahu memeriksa rawai ikan sekitar 9.30 pagi, sebelum kehilangannya disedari beberapa jam kemudian apabila rakannya menjumpai bot milik keluarga mangsa hanyut.

Hamka berkata Loqman boleh berenang dan biasa memeriksa rawai ikan selain anak bongsu daripada empat beradik itu banyak membantunya menjaga sangkar ikan patin yang diusahakan sejak 12 tahun lalu.

Dia juga amat terharu dengan keprihatinan Al-Sultan Abdullah sehingga tidak putus-putus mengucapkan ucapan menjunjung kasih kepada Seri Paduka dan anakanda kerana sudi mencemar duli bertemu mereka sekeluarga.

“Sudah seminggu kami berada dalam keadaan susah hati kerana anak masih tidak ditemui… sedangkan sudah lebih 20 mayat orang lemas di Sungai Pahang saya angkat sepanjang saya berkhidmat sebagai anggota polis di sini,” katanya.

Hamka berkata Seri Paduka turut menitipkan kata-kata semangat supaya mereka sekeluarga bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah SWT.

“Saya terharu ramai yang membantu. Pasukan keselamatan dan orang kampung sudah seminggu membantu kami di sini. Kawan-kawan saya juga bergilir menunggu di hilir sungai sebagai persediaan jika anak timbul dan dihanyutkan arus ke sana,” katanya. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Pemuda UMNO Kota Raja gesa segerakan pemilihan parti

CYBERJAYA: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja menggesa agar pemilihan parti disegerakan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam parti terbesar orang Melayu itu. Ketua Pemuda...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...