“Ini bukan soal siapa yang ‘terpaling Palestin’ tapi mendidik kemanusiaan” – Fadhlina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek gagal menyembunyikan emosinya sehingga menitiskan air mata, sejurus menyentuh isu Minggu Solidariti Palestin yang mencetus kontroversi di seluruh negara ketika ini.

Beliau kelihatan sebak ketika meneruskan penggulungannya yang mempertahan kewajaran kerajaan melaksana program itu sebagai mendidik murid sekolah tentang erti kemanusiaan dan kedamaian.

“Ini bukan soal siapa yang ‘terpaling Palestin’ atau siapa yang tunduk kepada desakan dangkal yang memilih antara dua kemanusiaan.

“Berilah ruang kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab dan mengutamakan proses pendidikan kemanusiaan ini. Jangan kacau kami, jangan usik sekolah kami, jangan usik guru-guru kami. Yang sana (pembangkang) atau sini (kerajaan) sama sahaja, jangan usik!.

“Beri ruang kepada pendidik sebagai satu proses, fahaminya sebagai mesej yang penting untuk mendidik kemanusiaan,” katanya pada akhir penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat semalam, lapor Utusan.

Minggu Solidariti Palestin di sekolah seluruh negara dilaksanakan pada 29 Oktober lalu hingga hari ini bertujuan mendidik nilai-nilai manusiawi, termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan, dalam kalangan pelajar.

Ia susulan serangan dan kekejaman zionis Israel terhadap rakyat di Gaza, Palestin, sehingga mengorbankan ribuan nyawa.

Selain sekolah, ia juga melibatkan kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Beberapa wakil rakyat telah menyuarakan bantahan dengan antaranya berkata sekolah perlu kekal menjadi ruang neutral untuk pembelajaran dan pemahaman.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, beliau telah mengambil kesemua pandangan dan kritikan termasuk daripada Majlis Kristian yang menyarankan supaya minggu tersebut diisi doa mengikut pegangan agama masing-masing.

“Sebab itu jangan ganggu ekosistem sekolah, sekolah ini dinamik sifatnya, ada pelbagai ras, kepercayaan dan latar belakang dan dinamika ini hanya ada pada guru untuk memastikan apa program yang sesuai.

“Jangan bising atau susah hati kalau tiada doa qunut nazilah, ada sebab kenapa ia berlangsung dalam suasana dan aktiviti yang dibenarkan bersesuaian dengan sekolah tersebut.

“Anak murid kita ini jangan pandang rendah, mereka mempunyai kewarganegaraan global merentas kurikulum, dan sebab itu, pendidikan harus bermula dengan mesej yang kuat supaya berada dalam ekosistem yang akan mempertahan dna mempersiapkan mereka dengan isu yang berputar di sekeliling mereka,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat