Ringgit mengukuh selepas OPR kekal 3 peratus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat yang juga hari terakhir dagangan minggu ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika beberapa bank pusat utama dunia menangguhkan langkah menaikkan kadar faedah masing-masing minggu ini.

Di peringkat tempatan, sentimen turut dipacu oleh tindakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semalam di mesyuarat terakhirnya bagi tahun ini.

Pada 9.05 pagi ini, ringgit mengukuh kepada 4.7470/7525 berbanding dolar AS daripada 4.7485/7525 pada akhir dagangan semalam.

Ketua Ahli Ekonomi dan Ketua Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata bank-bank pusat utama iaitu Rizab Persekutuan AS (Fed) dan Bank England adalah antara yang memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar faedah masing-masing.

“Malah, pada masa sama, beberapa negara turut mula mengurangkan kadar faedah seperti China yang menurunkan kadar Kemudahan Pinjaman Jangka Sederhana selama setahun sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.50 peratus.

“Begitu juga, Brazil dan Chile dengan kedua-duanya mengurangkan kadar faedah penanda aras sebanyak 150 bps dan 225 bps iaitu kepada 12.25 peratus dan 9.00 peratus.

“Jika trend ini berterusan, kami percaya ringgit menuju pemulihan. Namun, perjalanan itu mungkin kurang lancar berikutan risiko geopolitik yang meningkatkan permintaan untuk mata wang selamat seperti dolar AS,” lapor Bernama.

Berikutan itu, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit akan meningkat pada hari ini susulan jangkaan bahawa kadar faedah yang juga penanda aras global telah mencecah kemuncaknya.

Di peringkat tempatan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1552/1591 daripada 3.1593/1622, meningkat berbanding euro kepada 5.0399/0457 daripada 5.0448/0491 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.7847/7914 daripada 5.7860/7909 pada Khamis.

Prestasi ringgit turut ketara apabila diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4784/4827 daripada 3.4798/4830, mengukuh berbanding rupiah Indonesia pada 299.3/299.8 daripada 299.4/299.8 dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.1824/2036 daripada 13.2156/2337, sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.38/8.40.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat