Pelancongan, pembinaan antara sektor rancak pertumbuhan ekonomi – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi keutamaan untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara bagi mengembangkan saiz dan mengembalikan ekonomi ke landasan yang sebenar.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tumpuan akan diberi untuk mempergiatkan lagi sektor berpotensi seperti mencergaskan semula aktiviti pelancongan dan mempercepatkan aktiviti pembinaan melalui pelaksanaan projek infrastruktur serta strategi dan inisiatif di bawah dasar utama kerajaan.

Menurut beliau, bagi strategi jangka sederhana pula, ekonomi akan distruktur semula bagi mempercepatkan peralihan ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia.

“Kerajaan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) akan melaksanakan 17 Anjakan Besar, termasuk HGHV peralihan tenaga, teknologi dan digital, E&E bernilai tinggi, pertanian dan asas tani serta nadir bumi.
Terdapat Anjakan Besar untuk memperkasa PMKS dan perusahaan sosial, memperkukuh jaringan pengangkutan awam dan memastikan ketersediaan bakat masa hadapan.

“Tumpuan akan turut diberi untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dalam industri berasaskan teknologi bagi merangsang pertumbuhan sektor dan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi.

“Strategi dan inisiatif di bawah dasar utama Kerajaan yang telah diluncurkan seperti Bajet 2024, KSP RMKe-12, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dijangka turut menyokong sasaran ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat