Jangan Gelabah, Jangan Tutup Bilik Gerakan, Jangan Patah Semangat Pesan Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan kepada semua petugas jentera Barisan Nasional (BN) ketereh agar tidak gelabah, menutup bilik gerakan dan mudah patah semangat.

Katanya lagi, jentera Pilihan Raya BN Ketereh perlu selalu mengikut perkembangan dengan sabar dan tabah. Setiap perbuatan mesti didahulukan dengan berfikir panjang.

Dalam pada itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh yang juga calon BN Ketereh Marzuani Ardilla Ariffin ada berjumpanya untuk meminta nasihat sebelum mengisi borang percalonan.

Menurut Annuar, jawapannya konsisten iaitu teruskan seperti biasa dan meminta Marzuani menyempurnakan urusannya dahulu.

“Pagi ini,anakanda saya, Marzuani Ardilla Ariffin Ketua Puteri UMNO Bahagian tanya saya lagi..apa harus dia buat, kerana hari ini hari mengisi borang pencalonan.

“Jawapan saya konsisten..teruskanlah seperti biasa. Beliau nak jumpa saya pagi ini,saya katakan “sempurnakan semua urusan dulu..”

“Sewaktu di panggil ke Majlis pengumuman di PWTC pun sama. Beliau minta keputusan saya.J awapan saya sama juga..Pergilah,dan terimalah.Alhamdullah Ketereh tenang.

“Begitu juga pesan pada semua petugas Pilihanraya..Jgn gelabah,jgn tutup bilek gerakan,jangan cepat patah semangat..kita ikuti perkembangan dgn sabar dan tabah.
Setiap perbuatan,mesti di dahulukan dgn berfikir panjang.” ujar Annuar Musa menerusi catatan Facebooknya, pada Khamis.

Annuar juga menasihatkan semua jentera mengikuti perkembangan dan jangan lebarkan perpecahan.

“Kita ikuti perkembangan dgn tenang.Jangan lebarkan perpecahan,terutama kalangan rakan seperjuangan dan umat Islam.

“Ada kala kita di salahertikan,ada kala kita difitnah dgn fitnah yg memilukan. Namun, kekallah pada kebenaran dan kejujuran.

“Insyaallah ada hikmah dibelakang dan ganjaran dihari kemudian. Salam Persahabatan. Sama jaga UKHUWAH sesama Islam.” katanya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat