Zizi cinta selawat, qasidah

- Advertisement -

LAGU berkonsep selawat Qamarun atau Purnama yang dilancarkan pada Jumaat lalu sekali gus menampilkan sisi berbeza penyanyi dan rapper, Zizi Kirana.

Kebanyakan komen yang ditulis di YouTube memuji cara nyanyian Zizi mengalunkan selawat dan qasidah yang dianggap merdu selain menyifatkan sebutan bahasa Arab Zizi bagus.

Mungkin ramai tidak tahu Zizi sebenarnya mempunyai latar belakang sebagai penyanyi nasyid ketika di bangku sekolah dan kumpulan yang disertainya pernah menjuarai pertandingan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan.

“Apabila saya perdengarkan nyanyian dalam selawat ini, Ustaz Fakhrul dan Bazli daripada kumpulan UNIC tidak menjangka saya boleh sebut dengan betul. Mereka bertanya sama ada saya pernah terbabit dalam mana-mana kumpulan marhaban.

“Sebenarnya, sewaktu sekolah rendah dan menengah saya memang aktif dalam nyanyian nasyid. Nama kumpulan saya adalah Zayyan dan dipilih sebagai penyanyi solo. Kumpulan saya pernah memenangi peringkat kebangsaan,” katanya.

Menurut Zizi yang popular menerusi lagu EH!, walaupun dia membina kerjaya sebagai penyanyi daripada genre berbeza, Zizi berkata cinta terhadap qasidah dan selawat tidak pernah hilang.

Malah, dari situ juga tercetusnya idea untuk merakamkan single selawat Qomarun atau Purnama itu yang turut menampilkan kumpulan UNIC.

“Memandangkan ketika itu sambutan Maulidur Rasul sudah hampir, saya mesej Ustaz Fakhrul dan bertanya mengenai selawat. Saya minta dia dengar dan betulkan sebutan saya. Dia balas, sebutan saya bagus dan betul.

 

 

“Dia terus bertanya adakah saya memang meminati selawat. Saya beritahu yang saya membuat banyak ‘minus one’ qasidah dan selawat. Cuma, saya tidak tahu nak gunakan bila. Saya berkongsi mengenai selawat Qomarun dan dia pun kata sedap. Dari situ, tercetusnya idea untuk merakamkan selawat ini.

“Walaupun sekarang saya menyanyi genre lain, saya tetap lebih suka selawat dan lagu-lagu qasidah. Saya bersyukur dapat berjumpa mereka. Paling saya respek apabila mereka tidak menilai siapa saya,” katanya.

Justeru, projek yang dirancang pada saat akhir itu disiapkan sepenuhnya dalam tempoh dua hari.

Bagi anggota UNIC, Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin atau Fakhrul, dia berterima kasih kepada Zizi kerana sudi melamar mereka untuk bekerjasama dalam projek itu.

 

ZIZI bersama Ustaz Fakhrul (kanan) dan Bazli dari kumpulan UNIC.
ZIZI bersama Ustaz Fakhrul (kanan) dan Bazli dari kumpulan UNIC.

 

“Terima kasih pada Zizi sebab sudi nak bekerjasama untuk projek ini. Tercetus idea, sebab dia suka tanya pasal qasidah dan selawat. Sebab dia minat, jadi saya terangkan. Saya kagum apabila dia cakap ada ‘minus one’ qasidah.

“Dia (Zizi) cakap sudah ada muzik pasal selawat Qomarun dan qasidah lain. Jadi, dia ajak nak berkolaborasi dengan UNIC. Kebetulan hendak menyambut Maulidur Rasul, jadi ia cadangan bagus. Itu yang terus buat semuanya siap dalam masa dua hari.

“Sejujurnya, saya dan Bazli, tak sangka Zizi boleh nyanyi Arab dengan sangat baik walaupun dia rapper. Sebab lenggok Arab ini susah sikit kerana ada notasi tarannum. Tapi dia boleh buat, jadi lebih mudah. Latihan hanya dibuat di studio dan rakaman tak sampai dua jam,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat