A.C.A.B rakam semula lagu lama

- Advertisement -

KUMPULAN A.C.A.B yang kemudian dikenali sebagai The A.C.A.B tampil buat kali terakhir dengan album Bangun pada 2004 dan This is The A.C.A.B sekitar 2006.

Kini selepas 14 tahun menyepi, penyanyi utamanya Major Max atau nama sebenarnya Megat Hafiz muncul bersama Anas dan Zul menerusi buah tangan terbaharu berjudul

A.C.A.B Demonstration ’95 Revisited + New Single.

Major Max yang juga pengasas A.C.A.B bersama Eddy J Herwan (kini bersama Gerhana Ska Cinta) sejak 1994 berkata, mereka kini kembali menggunakan nama terbabit pada album ini.

“Pada 1995 A.C.A.B. merakamkan demo bertajuk ‘A.C.A.B’ yang memuatkan tujuh lagu antaranya Unfairgroun, City Girl, A.C.A.B., Fight For Your Right dan banyak lagi.

“Namun untuk album ini, kami pilih empat lagu daripada album terbabit iaitu Somebody’s Song,City Girl, Bookies, One Three One Two dan sebuah single baharu What It’s Like To Be Free.

“Ia adalah lagu terakhir yang dicipta untuk A.C.A.B. kerana selepas ini saya akan fokus dengan kumpulan Klan dan lagu-lagu baharu akan dipindahkan ke sana,” katanya.

Major Max berkata, empat lagu lama ini dirakamkan semula dengan pembaharuan dari segi lirik yang tidak terlalu kasar, rakaman dan bunyi yang lebih baik.

“Album ini diterbitkan oleh A&Z Records dan dirakamkan di Studio Rajawali, Bayan Lepas Pulau Pinang. Saya amat puas hati dengan kualiti rakamannya.

“Kami sebenarnya nak Eddy terbabit sama, tetapi jadualnya terlalu padat dan akur dengan komitmen kerjanya.

 

KUMPULAN A.C.A.B dianggotai Anas (depan), Zul (kiri belakang) dan Major Max (tengah) gembira kerana album mereka diterima peminat.
KUMPULAN A.C.A.B dianggotai Anas (depan), Zul (kiri belakang) dan Major Max (tengah) gembira kerana album mereka diterima peminat.

 

“Ketika buat demo ini, umur saya ialah 17 tahun. Dah tentu kualiti album ini lebih baik kerana ada jurutera bunyi dan penggunaan peralatan yang jauh lebih baik,”

katanya yang akan memasukkan single terbaharu dalam platform digital.

Menurutnya, dia gembira kerana sehingga kini berjaya menjual album ini sebanyak 700 keping secara dalam talian.

“Kami sebenarnya masih ada peminat. Walaupun dah ‘tutup buku’ kami tetap beraksi di ‘gig’. Anggota A.C.A.B masih aktif main muzik dan masing-masing bergerak dengan kumpulan lain.

“Dalam situasi pandemik Covid-19 ini, saya selalu buat persembahan ‘live’ secara maya di Facebook. Dari situ, saya juga dapat jual album ini.

“Kemungkinan juga kami akan anjurkan satu ‘gig’ dalam talian buat peminat. Kami akan umumkan info lanjut selepas ini,” katanya yang kini menetap di Pulau Pinang.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat