Sidang Dewan Rakyat Dipendekkan Sehingga Khamis

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Waktu sidang Parlimen hari ini akan dipendekkan dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari dan keputusan itu kekal berkuat kuasa hingga Khamis ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, ketika mengumumkan perkara itu berkata keputusan sedemikian dibuat mengikut Usul 12(1) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Menerusi Usul 12(1), saya memohon mengusulkan supaya sidang Parlimen akan dipendekkan, dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, untuk Selasa, Rabu dan Khamis ini,” katanya sebelum sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), di sini, hari ini.

Difahamkan tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga berikutan ada kakitangan seorang Senator Dewan Negara disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

Semalam, sidang Dewan Rakyat bersetuju bahawa sidang harian pada minggu ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari sahaja, kecuali pada Jumaat apabila Belanjawan 2021 dibentangkan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas beberapa kakitangan dan Ahli Dewan Negara disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat