Warisan hargai cadangan Mohamad Hasan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Setiausaha Agung Parti Warisa Sabah (Warisan), Loretto Padua menghargai cadangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan agar semua parti politik tidak meletak calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.

Katanya, cadangan Mohamad agar Warisan diberi laluan untuk mengekalkan kerusi Batu Sapi amat dihargai.

Menurut Loretto, keadaan semasa di negeri itu susulan peningkatan kes Covid-19 perlu diberi keutamaan memandangkan kuantiti barisan hadapan dan kelengkapan untuk mereka menjalankan tugasan tidak serba lengkap seperti di Semenanjung.

“Berbanding dengan barisan hadapan di Semenanjung yang ramai dan serba lengkap dengan peralatannya, kita serba kekurangan maka kita sepatutnya membantu barisan hadapan kita yang sudah kepenatan dan mencari jalan untuk membantu mereka ini mendapatkan kelengkapan yang sepatutnya.

“Nasib dan kebajikan barisan hadapan kita dalam usaha mereka menangani masalah Covid-19 di negeri ini harus kita utamakan dan cadangan Tok Mat (Mohamad) agar UMNO memberi laluan kepada Warisan di Batu Sapi ini amat dihargai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, terdapat barisan hadapan dan doktor-doktor di Sabah yang terlampau penat bekerja tanpa henti berikutan jumlah kes positif yang meningkat di situ.

Dua hari lalu, Mohamad mencadangkan supaya PRK Batu Sapi tidak perlu diadakan sekiranya semua parti mengambil keputusan tidak bertanding dan memberi laluan kepada Warisan memenangi kerusi itu.

Bagaimanapun, Pengerusi Biro Perundangan Armada, Mohamad Siddiq Mohamad Azani semalam menyifatkan tindakan tersebut tidak munasabah dan menganggap pengisytiharaan darurat merupakan satu-satunya langkah selamat untuk mengelakkan PRK itu diadakan.

Pada masa sama, Loretto berkata lebih baik sekiranya ahli politik menggunakan masa yang berbaki dua tahun sebelum pilihan raya umum diadakan dengan menumpukan kepada soal kebajikan rakyat dan ekonomi di negeri itu.

“Tidak salah sekiranya semua kita semua (termasuk calon bebas) bersolidariti berkenaan dengan PRK Batu Sapi agar kita dapat menumpukan soal kebajikan rakyat serta ekonomi negeri yang terjejas akibat daripada wabak ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat