Sheila Abdull ‘hilang kerja’ pramugari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sheila Abdull meluahkan perasaan sedih terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai pramugari selepas empat tahun berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbangan.

Sheila pernah popular menerusi lagu Mungkinkah antara ribuan kakitangan syarikat penerbangan berkenaan yang kehilangan kerja berikutan penularan pandemik COVID-19.

Mengulas perkara itu, Sheila berkata, dia sudah tidak bertugas ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa, Mac lalu.

“Sebelum ini, saya mengambil cuti selama setahun kerana hamil dan bersalin. Baru mahu kembali berkerja, fasa PKP pula dilaksanakan. Saya mengambil cuti tanpa gaji hingga kontrak tamat pada 10 Oktober lalu.

“Jika bukan kerana pandemik, tentu kontrak saya akan disambung. Sejujurnya, saya sedih, lebih lagi mengenang rakan yang mengalami nasib sama. Pakaian seragam pun belum dipulangkan lagi. Tak tahulah bagaimana perasaan apabila bertemu dengan mereka,” katanya kepada BH Online.

Luahan perasaan itu turut dikongsi pemilik nama sebenar, Nursheila Abdullah menerusi akauan Instagram (IG), semalam.

 

Sheila Abdull bersama suami, Ammar Habir dan cahaya matanya, Chempaka Alaya Mohd Ammar. - Foto IG Sheila Abdull
Sheila Abdull bersama suami, Ammar Habir dan cahaya matanya, Chempaka Alaya Mohd Ammar. – Foto IG Sheila Abdull

 

Isteri kepada bekas anggota kumpulan Drama Band, Ammar Habir itu berkata, perkara paling dirindui adalah suasana hendak pergi bekerja.

“Selalunya, saya akan kunci jam supaya senang nak bangun awal pagi, sebelum pergi kerja. Persediaan nak bekerja yang paling dirindui. Bersiap pakai uniform, bersolek dan menggayakan sanggul. Seronok membayangkan perasaan ketika bekerja. Saya hanya jadi suri rumah sepanjang tempoh lapan bulan ini. Jaga anak, memasak dan kemas rumah.

“Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, tetapi saya anggap ada hikmah di sebaliknya. Sebelum ini, anak dijaga ibu yang menetap di Johor Bahru. Boleh dikatakan saya menangis setiap hari kerana berjauhan dengannya. Apabila sudah tidak bekerja, anak kembali bersama saya dan suami,” kata penyanyi berusia 31 tahun itu.

Mengulas adakah mahu kembali memeriahkan dunia nyanyian yang pernah menjadi kecintaannya, anak didik kepada komposer terkenal, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan itu berkata, dia mahu merancang mahu membuat kemunculan semula.

“Saya ada merakamkan single baharu sebelum PKP, cuma ia masih belum siap sepenuhnya. Sebelum ini, saya berhasrat kembali ke bidang nyanyian, cuma suami minta saya tangguh dahulu. Ini kerana suami bimbang akan dipanggil semula untuk bekerja. Apabila sudah tidak bekerja, bolehlah saya meneruskan hasrat yang tertunda.

“Lagipun, semangat untuk kembali menyanyi meluap-luap selepas lagu Mungkinkah bergema menerusi pentas Gegar Vaganza 7, baru-baru ini. Ramai menyedari saya adalah penyanyi asal lagu ini dan minta saya kembali menyanyi. Malah, pengikut dalam IG juga semakin bertambah,” ujarnya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat