12 Kematian Akibat Covid Hari Ini, 1,054 Jangkitan Baru – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini kembali melonjak apabila mencatatkan 1,054 kes, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 34,393 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,135 kes.

Katanya, Sabah mencatatkan jumlah sebanyak 678 kes (64.3 peratus) daripada keseluruhan kes positif harian.

“Sebanyak 310 kes (29.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS).

“Daripada jumlah itu, Kluster Rumah Merah menyumbang sebanyak 229 kes (73.9 peratus),” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah kes jangkitan baharu itu terdapat 14 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Ia membabitkan tiga warganegara dan 11 bukan warganegara yang tiba dari negara Korea Selatan (4 kes), Jepun dan Filipina masing-masing (2 kes), Uzbekistan, China, Hong Kong, Nepal, United Kingdom dan Republik Maldives masing-masing satu kes.

“Daripada 1,040 kes penularan dalam negara, tujuh kes membabitkan pengunjung yang pulang dari Sabah.

“Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu adalah sebanyak 478 kes,” katanya.

Katanya, sehingga kini terdapat 94 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC)Kebangsaan, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 12 kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 263 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat