PLATFORM digital pada ketika ini sudah menjadi nadi utama bukan saja untuk sektor pendidikan, malah organisasi perniagaan juga sudah meningkatkan usaha digitalisasi ketika pandermik Covid-19 melanda dunia.
Syarikat teknologi terkemuka, Huawei terus memacu ke depan dengan memperkenalkan ‘Huawei Ideahub’ yang menyelesaikan masalah digitalisasi untuk sektor perniagaan.
Platform baharu daripada Huawei itu adalah gabungan daripada pelbagai teknologi terkini dalam usaha transformasi budaya kerja normal baharu dengan penawaran persekitaran pintar bermula daripada mesyuarat maya sehingga kepada agihan tugas harian.
Huawei IdeaHub melaksanakan integrasi pelbagai peralatan peranta antaranya projektor, papan putih, pembesar suara, tablet, desktop, televisyen dan peranti sidang video dengan hanya satu penyelesaian pintar saja.
Normal baharu dalam kehidupan hari ini sememangnya memberi cabaran kepada semua sektor untuk mengadaptasi kaedah rutin baharu dengan memanfaatkan teknologi pada masa kini.
Keupayaan teknologi hari ini banyak membantu setiap sektor contohnya bidang pendidikan apabila semua tugasan dilaksanakan secara digital berbanding konsep konvensional.
Pendekatan baharu oleh Huawei IdeaHub ini juga ‘melenyapkan’ batasan geografi untuk melaksanakan perjumpaan untuk peringkat organisasi tertentu.

Bermula daripada mesyuarat, sesi sumbang saran sehingga kepada penyampaian menggunakan peranti bantuan boleh dilaksanakan tanpa sebarang masalah biarpun setiap petugas mempunyai lokasi yang berbeza.
Huawei IdeaHub dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Estetik Huawei Milan, Itali yang menawarkan komunikasi digital yang futuristik malah menjadi penyelesaian mudah kepada setiap organisasi untuk meneruskan urusan harian dalam keadaan normal baharu kehidupan.
Menyentuh platform berkenaan, Huawei IdeaHub menggunakan teknologi mesyuarat awanan Huawei (Huawei Clouds Meeting) yang berteknologi tinggi sesuai dengan usaha pengalaman syarikat berkenaan dalam bidang berkenaan lebih 26 tahun.
Platform itu juga menawarkan keupayaan komputasi grafik terkini, teknologi kecerdasan buatan, pengendali video ‘codec’ sekali gus menawarkan pengalaman perjumpaan perkongsian maya bermula daripada resolusi Definisi Penuh (FHD) 1080p sehingga kepada Ultra Tinggi (UHD) 4K.
Apabila pengendali menghubungkan pelayan dengan komputer ‘Sistem Pemprograman Terbuka’ (OPS), platform berkenaan menyokong komunikasi video daripada perisian atau aplikasi Zoom serta Microsoft Teams.
Bagi kefungsian mesyuarat maya, Huawei IdeaHub menawarkan ciri khusus untuk pengalaman pengguna yang lebih baik seperti pembingkaian automatik yang akan memberi fokus kepada jumlah bilangan organ dalam bilik mesyuarat saja.

Selain itu, ia menawarkan fungsi penyeragaman halangan akustik untuk meminimumkan jumlah bunyi di luar bilik mesyuarat dan keupayaan penjejakan pembesar suara untuk individu yang sedang menggunakan mikrofon.
Penawaran perkhidmatan baharu oleh Huawei sememangnya tepat pada masanya apabila semua masyarakat di dunia ini sedang mengadaptasi normal baharu sekali gus memberi ruang kepada inovasi baharu untuk menggantikan kaedah konvensional.
Platform Huawei IdeaHub adalah contoh penyelesaian pintar yang diperlukan oleh setiap organisasi untuk membudayakan kaedah baharu dengan garapan kemudahan digital.
Harian Metro