‘Isan tadau’ dekat di hati

- Advertisement -

KEMAMPUAN vokal kedua-dua figura kelahiran Sabah ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Masing-masing mempunyai keunikan dan kehebatan tersendiri dalam kerjaya seni nyanyian.

Siapa sangka, selepas kejayaan single Sumandak Sabah dan Oi Gaman, penyanyi Marsha Milan dan Velvet Aduk sekali lagi bergabung suara menerusi lagu terbaharu berjudul Insan Tadau.

Lagu bahasa Dusun itu bermaksud ‘suatu hari nanti’

adalah simbolik mengenai kerinduan seseorang buat insan tersayang dan berharap semoga dipertemukan kembali suatu hari nanti.

Insan Tadau adalah lagu hasil ciptaan ketiga, Marsha dan Velvet selepas single duet mereka sebelum ini iaitu Sumandak Sabah dan Oi Gaman.

Apa yang menarik, proses ciptaan lagu ini dilakukan menerusi atas talian (virtual) memandangkan jarak Marsha dan Velvet berada jauh di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sabah.

Bersesuaian dengan keadaan pandemik yang berlaku berikutan wabak Covid-19 semakin tinggi di Sabah, membuatkan lagu ini begitu dekat dengan rakyat di negeri terbabit.

Kebanyakan pendengar meluahkan isi hati dan harapan mereka di ruangan komen muzik video lagu ini mendoakan keselamatan semua dan kerinduan untuk bertemu keluarga tercinta.

‘Saya sangat rindukan kedua-dua ibu bapa dan sangat risaukan kesihatan mereka lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.

“Namun dengan teknologi yang ada kini, kami sekeluarga kerap berhubung menerusi ‘video call’. Sudah lapan bulan, saya tidak dapat pulang ke Sabah seperti kebiasaannya saya akan pulang ke kampung setiap bulan.

“Saya mendoakan semoga keluarga dan semua yang berada di Sabah berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan supaya keadaan kembali pulih,” kata Marsha.

Ditanya mengenai inspirasi untuk menghasilkan lagu terbabit, Velvet berkata, lagu ini adalah satu tanggungjawab sosial mereka kepada rakyat di Sabah.

‘Inspirasi mencipta lagu ini bagaikan ‘tanggungjawab sosial’ kami berdua sebagai sumbangan terhadap negeri Sabah, ia umpama meniup semangat supaya kita sama-sama melawan wabak Covid 19 dan memberi sinar harapan untuk bertemu kembali insan tersayang jika terus mengamalkan SOP ditetapkan.

“Usaha bersama ini, supaya kita semua dapat bertemu semula dengan insan tersayang selepas terpisah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperketatkan,” katanya.

Isan Tadau adalah terbitan Red Velvet Music. Lagu ini boleh didapati di pelantar digital kegemaran seperti Spotify, iTunes, KKBox,Deezer, Joox dan juga Apple Music.

Manakala video muzik rasmi pula boleh ditonton di saluran Youtube Velvet Aduk dan ia sudah dilancarkan pada 30 Oktober lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat