Tablet ‘ringan’ setanding laptop

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Vaksin Covid-19, Minat Pelabur Dorong Kenaikan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR - Keyakinan berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan minat risiko yang bertambah baik telah membantu Bursa Malaysia ditutup di paras tertingginya dalam tempoh...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...

Agong Berkenan Tinjau dan Sertai Operasi SAR

TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR)...

JIKA diberikan pilihan kepada sesiapa saja untuk memilih peranti antara ‘laptop’ atau ‘tablet’ bagi pengurusan harian mungkin masih ada yang berbelah bahagi dengan dua pilihan berkenaan.

Bagaimana pula, jika ‘tablet’ berkenaan dilengkapi dengan keupayaan pelbagai tugas, papan kekunci pintar serta pengguna pensel pintar untuk tugasan yang memerlukan kepada kejituan sama ada lukisan mahupun pelan.

Pastinya, ramai yang akan memilih ‘tablet’ berkenaan kerana ciri khusus yang sangat mirip dengan laptop,

malah ia lebih ringan serta mudah untuk dibawa jika dibandingkan perkakas konvensional yang lain.

Untuk itu, pastinya penulis mencadangkan supaya memilih produk baharu keluaran Apple iaitu iPad Air 2020 yang bukan saja dilengkapi dengan pelbagai ciri baharu malah menggunakan cip pemproses paling maju.

Menyentuh aspek cip pemproses, iPad Air 2020 menggunakan Apple A14 Bionic iaitu rekaan pertama cip 5nm serta mampu untuk melaksanakan tugas operasi 11 trilion sesaat sekali gus menjadikan ia pemproses paling berkuasa yang pernah ditawarkan di pasaran.

Bagaimanapula dengan prestasi aplikasi ‘berat’ seperti penyuntingan adakah jauh berbeza dengan cip pemproses biasa? Jawapan untuk persoalan itu adalah cip Apple A14 Bionic ini memudahkan pengguna untuk melakukan suntingan video dalam resolusi 4K tanpa sebarang masalah.

 

PERANTI mudah alih ini bukan saja sesuai untuk tujuan kasual sebaliknya memberi banyak kelebihan kepada tugasan produktiviti harian.
PERANTI mudah alih ini bukan saja sesuai untuk tujuan kasual sebaliknya memberi banyak kelebihan kepada tugasan produktiviti harian.

 

Bukan saja untuk suntingan aplikasi, malah jika melancarkan aplikasi kesan grafik untuk lukisan seni juga sangat baik dibantu oleh pensel pintar,

Apple Pencil malah sangat sesuai untuk semua jenis permainan yang memerlukan keupayaan grafik tinggi.

Peranti iPad Air ini turut didatangkan dengan keupayaan kamera depan 7 megapiksel (MP) untuk FaceTime Definisi Tinggi (HD) serta kamera belakang 12MP yang mampu melakukan rakaman imej definisi tinggi dan video resolusi 4K.

Penulis sangat selesa dengan iPad Air 2020 memandangkan ia bukan

saja mudah untuk dibawa ke mana saja dengan saiz yang kecil dan ringan, malah mampu untuk menyelesaikan setiap tugasan produktiviti tanpa sebarang masalah.

Urusan suntingan video juga tidak memberi masalah, malah ketahanan baterinya sangat mengagumkan apabila mampu untuk bertahan lebih sembilan jam dengan penggunaan semua aplikasi optimum.

Peranti ini juga dilengkapi dengan sistem keselamatan TouchID, jadi pengguna tidak perlu bimbang kerana Apple sentiasa memastikan produk keluaran mereka mempunyai tahap keselamatan terbaik di pasaran.

Paparan ‘Liquid Retina’ dengan keluasan 10.9 inci LED-Backlit sesentuh bersama teknologi IPS sebenarnya sangat membantu untuk tugasan kreativiti seperti suntingan gambar atau video kerana memberi tona warna jelas berbanding beberapa jenama lain dengan kelas sama yang ada di pasaran.

Secara keseluruhannya, penulis menyatakan bahawa

iPad Air 2020 adalah peranti pelbagai peranan bermula daripada tugasan ringan seperti menaip dokumen sehingga kepada suntingan gambar serta video yang kompleks, iPad Air mampu untuk melaksanakan semua tugasan dengan mudah.

Aspek saiz dan berat juga memberi kelebihan kepada pengguna untuk membawa tanpa merasa ‘terbeban’ dengan beg galas yang berat sebaliknya boleh disimpan di dalam tas tangan saiz sederhana bagi wanita atau memegangnya seperti fail untuk lelaki.

Tanda harga untuk iPad Air storan 64GB versi Wi-Fi adalah RM2,599 dan untuk versi storan 256GB bersama Wi-Fi dan selular adalah RM3,799.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Seronok lihat hubungan persahabatan Erra Fazira, Awie berpanjangan

Kuala Lumpur: "Suka tengok hubungan persahabatan Erra Fazira dan Datuk Awie. Semoga hubungan persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila. Insya-Allah." Itu antara komen pengguna laman...

Lega, semua dah negatif Covid-19

Kuala Lumpur: Beberapa artis yang menjalani kuarantin kendiri sejak 23 November lalu disahkan bebas Covid-19 selepas melakukan ujian saringan kedua. Antaranya, Naim Daniel, Ernie Zakri,...

Kenali Bella Poarch, Wanita Paling Terkenal Di TikTok Yang Dituduh Pengikut Illuminati

Bagi sesetengah orang, mereka mungkin tidak mengenali Bella Poarch. Mereka mungkin tertanya-tanya daripada manakah wanita muda ini datang? Dan bagaimana dia boleh menjadi begitu...