Kesihatan Rakyat Lebih Penting, Tak Perlu Tergesa-Gesa Adakan PRN Sarawak – KM

Isu keabsahan sesbuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

KOTA SAMARAHAN – Aspek keselamatan dan kesihatan rakyat menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Sarawak sebelum menentukan tarikh sebenar Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12, kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurut Ketua Menteri Sarawak itu, tarikh berkenaan hanya boleh diputuskan berdasarkan situasi semasa pandemik COVID-19 di negeri tersebut.

Perkara itu juga katanya, adalah berdasarkan kesediaan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melaksanakan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan selamat menjelang tarikh keramat itu nanti.

“Saya tidak tahu bila PRN. Ini kerana ia akan dilaksanakan berdasarkan perkembangan semasa COVID-19.

“Seperti yang kita tahu, daerah Kuching kini sedang berstatus Zon Merah,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Bahagian Samarahan pada Selasa.

Mengambil pengajaran dari Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu ujarnya, banyak penambahbaikan perlu dilakukan. Selain aspek keselamatan, pematuhan SOP juga harus dipertingkatkan.

“Ia bergantung kepada pihak SPR dalam melaksanakan garis panduan yang ketat dalam mengekang penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Ujar beliau lagi, PRN ke-12 Sarawak tidak dapat dielakkan kerana tempoh matang bagi mandat negeri itu akan berakhir pada April 2021, selain tertakluk kepada Fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri.

Walau demikian, beliau memberi jaminan, tarikh penting itu akan diputuskan apabila keadaan di negeri itu dilihat lebih sesuai dan selamat untuk semua pihak.

“Kerajaan akan terus memantau keadaan semasa untuk membuat satu keputusan yang terbaik demi rakyat. Tidak perlu tergesa-gesa ketika ini kerana kesihatan rakyat adalah lebih penting,” tegasnya.

Beliau menambah, rujukan serta nasihat daripada pakar akan diambil kira sebelum memutuskan tarikh sebenar hari pemilihan itu nanti.

“Sekiranya saya ingin memutuskan tarikh pilihan raya, saya harus merujuk kepada pakar terutamanya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada ianya selamat untuk diadakan ataupun tidak,” jelasnya lagi. – Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Isu keabsahan sesbuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...