Kapal Marinette asal Barcelona layar solo masuk Zon Merah 2 mendekati Gaza

KUALA LUMPUR – Kapal Marinette yang menjadi satu-satunya armada misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang masih meneruskan pelayaran ke perairan Gaza kini telah memasuki Zon Merah 2.

Perkara itu disahkan melalui paparan skrin di Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), di Sepang yang boleh dijejaki melalui laman web penjejak (tracker) Sumud Nusantara Flotilla Tracker – Real-time Vessel Tracking https://magic.mapim.dev/sumudnusantara setakat pukul 2 petang ini.

Kapal Marinette kini berada kira-kira 60 batu nautika dari Gaza dengan belayar dengan kelajuan 6 knot.

Wakil Jawankuasa Induk SNCC, Nur Adibah Razali berkata, Marinette satu-satunya kapal yang masih belayar dan memasuki Zon Merah 2 dan mereka sedang memecut kelajuan pergerakan kapal sehingga 6 knot, lapor Utusan.

“Kita boleh tengok di paparan kamera litar tertutup (CCTV) keadaan di sana pada waktu siang dan kalau berlaku pintasan daripada pihak Israel sekalipun, akan nampak secara langsung,” katanya kepada pemberita di SNCC.

Kapal Marinette yang berasal dari Barcelona itu tidak membawa aktivis Malaysia.

Marinette yang menghadapi masalah mekanikal sebelum ini telah ketinggalan di belakang kumpulan utama armada.

Kesemua kapal lain dalam flotila tersebut dipintas dan ditunda ke pelabuhan Ashdod oleh tentera laut Israel, dalam usaha menyekat sebarang cubaan memecahkan sekatan laut ke atas Gaza.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat