Pemuda Umno pilih tenang bukan koyak – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh mengulang pendirian tidak akan tunduk dengan tekanan dan akan terus melawan.

Dr Akmal menegaskan sebagai pemimpin beliau dan Pemuda Umno membawa suara rakyat tanpa rasa takut.

“Lagi kuat kamu tekan kami,lagi kuat kami melawan. Nak kutuk silakan,nak tekan kami silakan.

“Sebab kami ini pemimpin yang bawa suara rakyat tanpa rasa takut dan bukan lembu yang dicucuk hidung. Kerana kita meraikan perbezaan pendapat,bukan bila berbeza pendapat cop orang ini sokong orang lain dan geng lain.

“Sorry (maaf) itu kamu, bukan kami (Pemuda Umno),” tegas beliau dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Adun Merlimau itu menyatakan, tidak akan sesekali ‘koyak’ dengan tekanan dan kecaman.

“Salah tetap salah,betul tetap betul

“Teruskan koyak,kami tenang jer,” ujar beliau.

Kenyataan Akmal tersebut mungkin merujuk kepada kecaman Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sin yang menyifatkan Pemuda UMNO sebagai tidak bersyukur.

Tiong mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros yang memperkecilkan sumbangan pengundi Cina dalam PRK DUN Mahkota baru-baru ini.

Merujuk kepada pepatah Cina, Presiden PDP Tiong King Sing berkata pemimpin Pemuda Umno Johor itu boleh diibaratkan sebagai “memusnahkan jambatan selepas menyeberangi sungai”.

Dengan bergantung kepada data yang tidak berasas, katanya, Noor Azleen memperlekehkan sumbangan undi masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil tersebut ketika sepatutnya ahli politik terbabit mengucapkan terima kasih kepada mereka.

“Perubahan sikapnya yang begitu cepat mengecewakan seluruh masyarakat Cina,” katanya kepada Malaysiakini.com

Selepas berakhirnya PRK Mahkota, beberapa pemimpin Umno termasuk Noor Azleen dilaporkan mempersoalkan sumbangan DAP dengan berkata hanya 34 hingga 36 peratus sahaja pengundi Cina di DUN itu membuang undi.

Bagaimanapun ketua DAP Johor Liew Chin Tong meletakkan anggaran antara 43 dan 49 peratus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat