Kandora kongsi seni pergendangan komuniti bersama pelajar PUO

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

IPOH – Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) dan Kelab Lantera Seni, Politeknik Ungku Omar (PUO) telah menerima kunjungan balas rakan kolaborasi strategiknya, Kantan Drum Circle (Kandora ) dekat sini, baru-baru ini.

Unit Komunikasi dan Hubungan PUO dalam kenyataannya memaklumkan, kunjungan Kandora itu bagi berkongsi ilmu dan pemahaman konsep perpaduan ‘Hormat’ dan ‘Harmoni’ dalam seni pergendangan komuniti.

Menurutnya, kunjungan ini melibatkan ahli kelab di bawah naungan Lantera Seni iaitu, Vibrant Percussion (Perkusi), PolyVibes (Band), Halawa & Abyana Voice (Nasyid), Republic of Symphony (Stompers), Warisan Pusaka (Dikir Barat) dan Gema Budaya (Kompang & Gamelan).

“Program ini turut dibuka kepada pelajar-pelajar PUO yang berminat untuk mempelajari ilmu seni pergendangan komuniti, ”katannya.

Dalam pada itu, montaj Lantera Seni PUO ditayangkan, diikuti dengan sesi pengenalan pihak Kandora yang diketuai oleh pengasasnya, Ahmad Zufar Mohd Adzahan.

Ahmad Zufar berkata, aktiviti ini mempamerkan nilai seni penyusunan melodi walaupun dengan mengetuk senduk dan baldi diiringi formasi alat muzik yang lain, ianya sesuatu yang unik dan boleh dipersembahkan secara spontan.

Kenyataan PUO menyebut, perkongsian ilmu oleh Kandora dijalankan secara santai diikuti sesi seni pergendangan menggunakan alatan asas perkusi seperti baldi dan senduk diiringi dengan nyanyian lagu rakyat, ‘Nenek Nenek Si Bongkok Tiga’ seterusnya lagu perpaduan yang bermesej ‘Fikirkan Boleh’ dan ‘Standing In The Eyes of The World’

“Diharapkan jalinan kolaborasi ini dapat menghasilkan kemenjadian pelajar yang lebih seimbang akademik dan kokurikulum, sejajar dengan petunjuk prestasi utama (KPI) PUO iaitu pembangunan program pelajar berciri holistik.

“Di samping itu, dapat menghasilkan graduan yang dapat menyumbang kepada komuniti, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berdaya saing mengikut keperluan industri, ”tambahnya.

Tambahnya lagi, bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala, kunjungan ini diakhiri dengan perbincangan bersama Ketua Jabatan JSKK PUO, Khairuddin Mohd Rosli; Pegawai Kebudayaan PUO, Nurul Huda Ahmad Thalhah; Penasihat Nasyid dan Perkusi, Ustazah Nur Afifah Saharuddin.

Selain itu, wakil Kandora, Muhammad Ihsan Fazdil ; Penasihat Stompers, Muhamad Fairus; Presiden Kelab Lantera Seni, Wan Akhmal Adha Roslan (JKE), dan Pengerusi Vibrant Percussion, Danish Iqbal Ishar.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat