Tiga maut, empat cedera dalam insiden tembakan rambang di Siam Paragon

- Advertisement -

CYBERJAYA – Tiga individu dilpercayai maut selepas seorang individu berusia 14 tahun melepaskan tembakan rambang di pusat beli-belah popular, Siam Paragon, Bangkok, hari ini, lapor Awani.

Empat individu turut dilaporkan mengalami kecederaan akibat tembakan dalam insiden yang berlaku pada 4.50 petang (waktu Thailand).

Portal Awani yang memetik media Thailand melaporkan, seorang lelaki telah ditahan pada Selasa, susulan insiden tembakan di Bangkok Siam Paragon Mall.

Rakaman dari kamera litar tertutup menunjukkan suspek dipercayai tidak melawan ketika ditahan pihak berkuasa, kata laporan itu.

Susulan kejadian itu, kompleks membeli belah tersebut telah ditutup.

Sementara itu, menurut agensi Channel News Asia, rakaman dari video di tempat kejadian menunjukkan kompleks tersebut kosong di bahagian dalam, dan persekitarannya lengang, walaupun kebiasaannya kawasan tersebut sentiasa sesak di sebelah petang.

Beberapa pengguna sosial media turut berkongsikan video bagaimana orang ramai bertindak melarikan diri dari kawasan tersebut, selain ada yang mendakwa mereka terdengar bunyi tembakan.

Video yang dikongsi pengguna laman X, @janejanejuta menunjukkan terdapat pengunjung dan pekerja kompleks tersebut merangkak dan mencari perlindungan di kawasan yang dilihat seperti medan makan, dan terdengar suara seorang lelaki yang mengarahkan kumpulan tersebut duduk.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat