Saya belum buat keputusan mengenai rombakan kabinet – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau belum mempunyai keputusan berhubung rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.

Anwar turut menjelaskan tujuan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini adalah bagi mesyuarat Pra-Kabinet seperti kebiasaan.

“Belum (ada keputusan). Tadi saya menghadap Tuanku untuk bincang mesyuarat Kabinet esok.

“Tiada kaitan lagi dengan perubahan Jemaah Menteri. Esok lepas (mesyuarat) Kabinet saya ke Sabah dan (kemudian) ke Abu Dhabi,” katanya ketika ditemui media selepas majlis penutup Khazanah Megatrends Forum 2023 di sini hari ini.

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan Perdana Menteri dijangka mengumumkan rombakan Kabinet selepas mesyuarat Jemaah Menteri, esok.

Ditanya mengenai situasi jerebu melanda beberapa negeri ketika ini, Anwar berkata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad diarahkan supaya mengkoordinasi dengan rakan sejawatnya dalam ASEAN termasuk Indonesia untuk menangani jerebu rentas sempadan.

Hari ini, Nik Nazmi mengesahkan tiada kebakaran berlaku baru-baru ini yang boleh dikaitkan dengan situasi jerebu melanda negara ketika ini, namun data Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi menunjukkan ada berlaku pembakaran di luar negara.

Operasi pembenihan awan (OPA) dalam negara juga akan dilakukan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 bagi tempoh melebihi 24 jam,

Setakat 5 petang tadi, tiga kawasan mencatat IPU pada paras tidak sihat dengan Nilai, Negeri Sembilan kekal kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU 155. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat