Pesara Jadi Jutawan Segera Pada Hari Kelahiran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang pesara bergelar jutawan selepas memenangi Cabutan Istimewa Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) pada tarikh kelahirannya ke-63, Julai lalu.

BSN dalam kenyataan hari ini, memaklumkan, pesara berusia 63 tahun itu yang juga anak watan Pulau Pinang memenangi RM1 juta hasil usahanya menyimpan secara konsisten dalam BSN SSP.

Seorang lagi pesara berusia 79 tahun berasal dari Melaka turut bergelar jutawan apabila diumumkan menjadi pemenang bagi cabutan ke-79 selepas sudah menyimpan dalam BSN SSP sejak tahun lalu.

Melalui hadiah kemenangannya, beliau berazam untuk melakukan infaq dan mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan selebihnya disimpan semula dalam BSN SSP bagi berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan lain ditawarkan.

Jutawan BSN SSP terbaru yang ke-80 adalah seorang individu dari Perak sekali gus bergelar Jutawan Hari Malaysia.

Individu berusia 52 tahun itu yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan menyimpan dalam BSN SSP sebagai pelaburan untuk masa hadapan keluarga.

Sementara itu, Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, BSN masih mengekalkan cabutan istimewa yang menawarkan hadiah RM1 juta untuk setiap bulan pada tahun ini.

“Ini bermakna sepanjang tahun ini, seramai 12 penyimpan BSN SSP bakal memenangi RM1 juta menjadikan pada penghujung tahun nanti seramai 83 jutawan bakal dilahirkan menerusi kempen itu sejak ia dimulakan.

“Sehingga Ogos lalu, BSN SSP terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dengan jumlah simpanan dicatatkan sebanyak RM4.8 bilion,” katanya.

Pelanggan sedia ada yang mahu menambah simpanan BSN SSP boleh berbuat demikian menerusi kaunter Cawangan BSN, Mesin Teler Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), perbankan internet myBSN, Cawangan Bank Bergerak (CBB) atau menerusi saluran Ejen Bank BSN (EB BSN).

Bagi pelanggan baru pula, simpanan BSN SSP boleh dibuat melalui kaunter Cawangan BSN di seluruh negara.

Senarai pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat