Nazrey perlukan RM3 juta bangunkan semula sekolah tahfiz

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi nasyid juga bekas vokalis kumpulan Raihan, Nazrey Johani memerlukan dana antara RM2 juta sehingga RM3 juta untuk membangunkan semula sekolah tahfiz miliknya yang runtuh selepas mengalami beberapa kali gegaran gempa bumi di Sabah.

Nazrey berkata, sekolah tahfiz yang dikenali Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Batu 2 Jalan Lombong Tembaga Mamut, Ranau itu dibina pada 2016, namun sejak Oktober tahun lalu dihentikan operasi akibat kerosakan dan keruntuhan bangunan kerana musibah berkenaan.

“Selepas beberapa kali gegaran gempa bumi di Sabah sejak beberapa tahun sebelum ini, jadi kesannya mula nampak berlaku di sekolah tahfiz ini pada Oktober dan November tahun lalu. Tapi, mujur ketika itu sudah mula cuti persekolahan.

“Keadaan bangunan masa itu didapati dah mula senget, pecah, lantai pun mendap dan tiang-tiangnya senget semua. Jadi, sebelum ia runtuh, saya dah mula menguar-uarkannya untuk cuba mendapat bantuan sejak tahun lalu agar struktur bangunan yang masih ada boleh dibangunkan semula dan diselamatkan,” katanya kepada Harian Metro.

Nazrey berkata, sehingga kini pihaknya masih memegang tekad dan semangat yang besar untuk membina kembali Maahad Tahfiz Bayu Syahadah itu demi terus menaburkan ilmu agama kepada anak-anak tempatan di sekitar Ranau dan Sabah.

“Insya-Allah, sekarang dalam perancangan dan proses nak membangunkan semula Maahad Tahfiz Bayu Syahadah ini dan saya juga masih berusaha mengumpul dana diperlukan antara RM2 juta sehingga RM3 juta untuk membaik pulihnya.

“Harapan saya agar usaha murni ini akan dipermudahkan. Apatah lagi, kami juga sudah membuka pendaftaran mengambil pelajar baharu mulai bulan ini sehingga Disember nanti. Jadi, saya harus berusaha membangunkannya semula (sekolah tahfiz). Insya-Allah, saya yakin pasti ada rezekinya.

“Bagaimanapun, buat masa ini ada pelajar yang sudah berpindah ke tempat lain dan ada juga masih menuggu sekolah tahfiz ini beroperasi semula. Malah, ada pelajar yang ditempatkan ke sebuah lagi sekolah tahfiz lama saya di Kampung Bitoon, Ranau,” katanya.

Nazrey berkata, sekolah tahfiz di Kampung Bitoon itu juga perlu dibaik pulih segera bagi segala kemudahannya untuk keperluan pelajar. Jelasnya, satu cabaran  untuk sekolah tahfiz di Kampung Bitoon itu ialah masih lagi tiada kemudahan elektrik sampai sekarang.

Sehubungan itu, bagi orang ramai yang berminat menyalurkan sumbangan membangunkan semula Maahad Tahfiz Bayu Syahadah, boleh berbuat demikian melalui CIMB Bank dengan nombor akaun 8600627302, atas nama Al Tahfiz Bayu Syahadah Resources.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,481FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat