Harga minyak masak turun Sabtu ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Harga runcit maksimum baharu bagi minyak masak sawit tulen botol 5 kilogram diturunkan RM2 daripada RM33.50 kepada RM31.50 berkuatkuasa Sabtu, 8 Oktober hingga 7 November 2022.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai komitmen kerajaan untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga minyak masak sawit tulen botol 1 kilogram hingga 5 kilogram.

Katanya, komitmen ini hasil daripada usaha kerajaan melaksanakan program harga kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil.

Beliau memaklumkan, harga baharu itu ditetapkan susulan harga purata minyak sawit mentah yang merekodkan penurunan.

Hal demikian, beliau mengumumkan harga baharu minyak masak tulen kemasan botol 3kg turun kepada RM19.90 daripada RM21.10; botol 2kg (RM13.50 daripada RM14.30); dan botol 1kg (RM7.10 daripada RM7.50).

“Diharapkan penetapan harga baharu ini berupaya memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia.

“Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,481FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat