Bajet 2023 tetap dibentang Jumaat ini, kata Wan Junaidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bajet 2023 akan tetap dibentangkan pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas spekulasi berhubung Dewan Rakyat mungkin akan dibubarkan tidak lama lagi.

“Bajet sudah tentu akan dibentangkan. Itu yang saya difahamkan setakat jam 10.30 malam tadi sebab kita ada ‘pre council’ dan saya orang terakhir berada dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).

“Saya diberitahu bajet akan dibentang pada 7 Oktober ini dan kalau ada perubahan selepas itu, saya tidak tahu,” katanya lapor Berita Harian.

Selain itu, Wan Junaidi juga berkata jika Parlimen dibubarkan sebelum Bajet 2023 diluluskan, pentadbiran baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) masih boleh menggunakan teks lama atau boleh dipinda.

Bajet 2023 akan dibentangkan Jumaat ini oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Media sebelum ini melaporkan belanjawan yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober diawalkan pembentangannya tiga minggu selepas diputuskan dalam Kabinet.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat