Seramai 376 Pelajar Cemerlang Padang Terap Terima Sumbangan Bantuan Ke IPT

- Advertisement -

PADANG TERAP: Seramai 376 orang pelajar cemerlang di Parlimen Padang Terap yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Awam Tinggi (IPT) menerima penghargaan menerusi sumbangan bantuan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Kesemua mereka akan melanjutkan pengajian ke pelbagai IPT di seluruh negara bagi sesi kemasukan tahun 2021.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, anak-anak warga Padang Terap telah membuktikan kemampuan mereka dalam pendidikan dengan kejayaan menjawat pelbagai jawatan dalam sektor awam dan swasta.

“Sejak 16 tahun lalu program sumbangan bantuan ini dilaksanakan, saya dapati sudah ramai anak-anak warga Padang Terap yang melanjutkan pengajian ke IPT dan telah berjaya dalam pelbagai bidang pekerjaan dalam syarikat swasta dan juga perkhidmatan awam”.

Mahdzir Khalid memberi bantuan sumbangan kepada salah seorang pelajar cemerlang yang akan melanjutkan pengajian di IPT

Ujar beliau, kejayaan itu sekaligus dapat mengubah taraf hidup ibu bapa dan keluarga pelajar terbabit.

“Itulah sebenarnya matlamat kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan tinggi untuk rakyat supaya apabila taraf pendidikan rakyat meningkat, ianya sekaligus akan meningkatkan juga taraf kehidupan rakyat, kerana menerusi pendidikan sahajalah akan mengubah nasib seseorang”, katanya pada majlis simbolik penyerahan sumbangan bantuan itu disempurnakan oleh beliau di Kampung Padang Kerasak, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Ghazali Ibrahim, Ketua Wanita, Arfah Ariffin, Ketua Pemuda, Jasnizam Husni dan Ketua Puteri, Yusnaliza Ahmad. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat