MARA Salur RM70 Juta Pinjaman Kepada Usahawan Automotif

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Majlis Amanah Rakyat (MARA) sudah menyalurkan pinjaman RM70 juta kepada 48 usahawan dalam bidang automotif di seluruh negara sejak 2013.

Jelasnya, pembiayaan itu disalur menerusi program MARA Integrated Smart Auto (MISA).

“Ekosistem lengkap MARA dalam membangunkan industri automotif bermula dengan pendidikan, latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang menyediakan program automotif dalam pelbagai peringkat hingga kepada penyediaan fasiliti keusahawanan antaranya merangkumi latihan, bantuan pembiayaan dan khidmat nasihat.

“Malah skim pembiayaan khas bagi usahawan automotif melalui MISA juga disediakan khusus untuk usahawan mengembangkan perniagaan dan menaik taraf bengkel mereka”.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pusat servis Perniagaan Mazlan dan Hashimah (PMH) Sdn Bhd, di sini hari ini.

Majlis Amanah Rakyat MARA sudah menyalurkan pinjaman RM70 juta kepada 48 usahawan dalam bidang automotif di seluruh negara sejak 2013 kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid

Ujar beliau lagi, setiap usahawan boleh mendapatkan pembiayaan maksimum RM1 juta mulai 2019 berbanding maksimum RM5 juta sebelum itu.

“Beberapa program khas turut dibangunkan bagi memantapkan lagi usahawan dalam bidang berkenaan. Antaranya ialah Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA PETRONAS (PIMP), program khas Auto Glass Expert (AGE) dan pelbagai program keusahawanan yang menyasarkan pengembangan perniagaan dalam industri automotif.

“Automotif adalah antara bidang TVET yang mendapat sambutan memberangsangkan serta melahirkan usahawan berjaya. Kita juga memberi fokus kepada dua elemen utama iaitu melahirkan tenaga kerja profesional serta berkemahiran”. jelasnya lagi.

MARA juga katanya, menyediakan pelbagai bantuan termasuk untuk pembelian peralatan, modal pusingan, pengubahsuaian bengkel serta siri latihan peningkatan perniagaan.

Ditanya mengenai isu menangani kemiskinan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin, Mahdzir berkata KPLB akan melakukan integrasi bagi memastikan isu itu dapat ditangani secara berkesan.

Pihaknya akan menganalisis data beberapa kategori kemiskinan daripada miskin tegar sehinggalah kategori miskin di kawasan luar bandar.

“Kita menyambut baik kenyataan Perdana Menteri bagi mewujudkan seorang penyelaras di setiap daerah agar isu kemiskinan dapat diatasi dengan lebih berkesan.

“Kita akan sediakan data kategori orang miskin ini daripada miskin tegar hingga peringkat yang tertentu. Contohnya sekiranya agensi lain sudah memberi kursus kemahiran kepada golongan miskin ini, kita akan pastikan perkara ini dapat dikoordinasi supaya KPLB dapat tawarkan kursus yang berbeza,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat