Peruntukan kepada 63 sekolah Cina persendirian amalan kerajaan prihatin

- Advertisement -

Peruntukan kepada sekolah persendirian Cina bukanlah amalan baharu kerana ia telah dipraktiskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan, Perikatan Nasional (PN) dan sekarang kerajaan BN-PN.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon, pada 23 September lalu, Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara.

Bagaimanapun pengumuman yang dibuat ini mendapat kritikan Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) yang menyifatkan kerajaan yang ada sekarang sebagai memiliki perangai “terkutuk” apabila menyalurkan peruntukan berbelas juta ringgit kepada sekolah persendirian Cina.

Pengerusi Pembela Aminuddin Yahaya berkata suatu masa dulu ada pemimpin dalam kerajaan sekarang melaung-laungkan ikrar mahu mengharamkan pertubuhan pendesak Cina, Dong Zong.

Aminuddin Yahya mungkin keliru antara saranan untuk mengharamkan Dong Zong atas isu tertentu yang dilihat boleh mencetuskan masalah perkauman dengan bantuan pendidikan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina.

Kenyataan-kenyataan Don Zong tidak seharusnya menyebabkan kerajaan bermusuhan dengan ibu bapa dan pelajar sekolah persendirian Cina. Malahan jika dilihat angka RM15 juta untuk 63 buah sekolah ini ia hanya memberi RM238 ribu kepada setiap sekolah.

Jika ada yang masih lupa dalam Belanjawan 2021 kerajaan memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi tujuan penyelenggaraan sekolah tahfiz, sekolah pondok berdaftar dan sekolah agama rakyat (SAR) pada 2021.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat